#HUATYOU! Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

 


Banana Series Zus Coffee

Ada yang dah cuba merasa minuman terbaru dari Zus Coffee sempena Tahun Baru Cina? #HUATYOU 



Memang serba kuning packaging Banana Series Zus Coffe ni. Rasanya semua orang tahu HUAT tu bermaksud TUAH pada kaum Cina dan memang gitulah warna yang digunakan sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.



Strawberry Banana Frappé


Sebagai peminat strawberry semestinya minuman ni jadi pilihan walau sebenarnya umi tak berapa suka minum ais.

Ganding strawberi dan pisang ni memang ngam dan sedap. Memang boleh habiskan kalau tak ingat orang belakang.hahaha

Bila buat order untuk pickup, pembeli akan diberikan whipped cream sekali, kalau opt untuk delivery, memang tak diletakkan cream sebab takut mencair.


Spanish Banana Latté

Ni pilihan kedua dan gandingan dengan pisang ni pun sedap dengan cream coklat muda yang punya perisa pisang.


Bananabae

Ingatkan Bananabae minuman sparkling tapi bila rasa ia minuman bergas dengan campuran pisang. Not bad tapi bila minum minuman bergas ni asyik nak sendawa je.



Free Gift

Ada free gift, sticker dan paket angpau tanpa duit la.



Jumlah Hangus

Untuk 3 jenis minuman ni kosnya adalah RM40.70 tak kira self pick up atau delivery. Bukan minum selalu pun untuk berbelanja sebanyak tu untuk minuman tapi kalau berbelanja untuk reward diri tak jadi masalah kan.

Post a Comment

0 Comments