Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Walaupun Kolumpo Kopitiam ni dekat je dengan rumah tapi baru je kami dapat singgah tu pun sebab rasa malas nak bertukar selera. Sejak tak kerja ni memang lebih suka memasak sebab boleh bagi anak-anak semua berkumpul dan makan bila hujung minggu. Kalau cuti jatuh pada hari biasa tu memang tak dapat nak berkumpul makan bersama sebab umi ada tanggungjawab di rumah bonda bermula Isnin hingga Jumaat sejak beberapa tahun ni.



Menu Pilihan Kami

Bila bab makan ni, memang ambil masa lebih-lebih lagi kedai yang baru kita nak test try food dia. Semua yang dalam menu semuanya nampak menarik  tapi hati risau kot sedap ke tidak ke. Dan sekarang ni kalau ke kafe, mesti kita nak tengok review walau kita tahu taste bud masing-masing tak sama.


Bubur Nasi. Umi approved bubur nasi kat sini, pekat dan tak cair macam bubur nasi yang famous tu. Dalam bubur nasi ni diletakkan telur masin, daun bawang, bawang goreng dan minyak bijan. Apa yang lagi best, diberikan cili oil. 

Fuhh memang sedap, memikat dan terpikat lidah dan tekak umi.


Cik Meya terpikat denga American Breakfast Toast ni. Ada roti bakar, baked beans, scrambled egg dan salad. 

No komen so much sebab breakfast gini tu biasa je tapi bab roti bakar tu memang kurang menarik sebab terlampau rapuh.


Habibi pula pilih roti bakar dengan telur separuh masak. Roti bakar ni tak kedekut dengan mentega tapi yang tak bestnya rotinya tterlampau rapuh. Air kopinya pun not bad kata habibi.




Jangan lupa untuk selfie dan siap tapau nasi lemak ayam untuk cikcha dan mee kari untuk KC Iman.


Umi sempat merasa nasi lemak yang not bad rasanya tapi mee kari tu tak sempat sebab sibuk kat dapur. Tapi kata KC Iman, rasanya so so. Maknanya tak sedaplah pada tastebud dia.



Kedai ni agak luas dan selesa, anda boleh duduk di dalam kedai atau makan di kaki lima kedai yang tidak mengganggu pejalan kaki.


Hiasan dalam kedai pun simple, dan vibe kopitiam tu tetap ada.




Menu

Walau hanya simple menu, tapi tetap kami tak tahu nak pilih apa pada awalnya. Jadi umi kongsi menu ni supaya anda boleh tengok dulu sebelum datang dan bila dah sampai, dah tahu apa yang nak dimakan.



Lokasi/Alamat

Kedai ni terletak berdepan dengan Tasik Seri Rampai jadi tak susah untuk dicari.

𝗞𝗼𝗹𝘂𝗺𝗽𝗼 𝗞𝗼𝗽𝗶𝘁𝗶𝗮𝗺 𝗦𝗿𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶
17-G, Jalan Seri Rejang, South, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments