Hajat kami nak bawa anak-anak bersarapan di Dusun Genting Nakawan tercapai juga pada 27 Disember tahun lepas bila kesemua anak dan menantu kami turut balik kampung bagi menghadiri resepsi anak buah (anak kakak habibi) dan resepsi cucu saudara habibi di Kedah.
Sarapan Di Dusun Genting Nakawan
Mulanya risau juga bimbang kedai tutup sebab lazimnya kedai di utara ni tutup pada hari Jumaat tapi mujur tidak sebab hari Jumaat tulah yang kami free sebab esoknya ada kenduri yang satu lagi.
Menu Pilihan
Masa tahun 2023 tu kami pergi 4 beranak, habibi, umi, KY Amanda dan CikCha, dan memang nak datang lagi sebab suka sangat dengan suasana dan persekitaran kedai makan ni yang jauh dalam hutan. Memang ambil masa juga dalam nak sampai ke sini dari jalan besar yang boleh diteruskan untuk masuk ke sempadan Thailand.
Pilihan umi semestinya pulut ayam. Not bad sebab umi dah rasa yang sedap sikit dari ni masa kat Hatyai tapi sebagai peminat pulut, memang nak makan lagi.
Overall makanan sedap ikut selera kami dan buat bertambah sedap bila makan bersama anak-anak kerana bukan selalu dapat berkumpul balik kampung dengan semua anak ada sekali dan juga menantu.
Lokasi Tersorok
Tempat ni agak jauh dari dan boleh buat orang sesat. Walau dah kali ke dua ke sini, terlajak juga. Apa pun memang syok dapat sampai sini lagi, kali ni dengan kesemua anak menantu sekali.
Minum Di Lepak Ngopi De Kelulut
Sama juga seperti sebelum ni kami singgah ke Lepak Ngopi De Kelulut, juga sebab jalan menghala keluar memang akan melalui depan kedai ni sebab tu masa kat Dusun Genting Nakawan tu umi cuma minum air masak je.
Baca Juga : Singgah lepak ngopi de kelulut
Masing-masing dah kenyang dan dah minum minuman manis kat Dusun Genting Nakawan jadi diorang jadi pemerhati je sambil umi layan minum air barli dan kopi untuk Ayong.
Minuman kat sini memang tak diletakkan gula sebab kita boleh letak madu yang disediakan di setiap meja makan, ikut suka hati ampa nak letak banyak mana.
Dari Dusun Genting Nakawan tu kita memang kena lalu depan kedai ni jadi alang-alang dah lalu, kita berhenti.
Akhirnya tertunai hasrat habibi dan umi nak bawa anak-anak ke sini, kalau ada kesempatan, boleh ulang lagi kalau ada kesempatan.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!