Balik kampung bulan Disember yang lepas ni memang lain sikit sebab umi, Ayong, Angah dan CikCha bertolak balik pada hari Krismas sementara habibi serta KC Iman dan Miya balik awal sehari sebab nak bantu di rumah kenduri.
Nasi Kandar Tepi Laut, Bagan
Habibi singgah dan bermalam di Penang untuk balik bersama anak ipar, dan kalau dah masuk Penang mestilah cari nasi kandar. Uishh memang terliur tengok nasi kandar yang dikongsi kat grup family. Memang tak adil..hahaha
Jadi, umi cakap kat Ayong, nak cari nasi kandar dan dia cadangkan makan kat Nasi Kandar Tepi Laut sebab dia dah pernah ke sana.
Nilah nasi kandar kami, Angah Ama dan CikCha ambil ayam goreng sementara umi dan Ayong ambil telur sotong. Rasa menyesal pun ada sebab kalau makan nasi kandar ni sedap dengan ayam goreng sebenarnya. Apa pun saja nak cuba rasa je.
Harga makanan ni biasa saja, tak mahal sangat mungkin sebab bukan kat tengah bandar Penang dan waktu kami sampai, lauk pun tak berapa banyak.
Jujur cakap, nasi kandar ni biasa-biasa saja sebab umi memang jatuh hati kat Nasi Kandar Beratur, sebab ada sambal kelapa yang cukup sedap dan sesuai dengan selera umi.
Pemandangan Cantik
Kata Ayong, diaorang makan kat tengah bandar, kita pulak makan sambil nikmati angin laut dan pemandangan matahari jatuh yang memang cukup cantik
Sesi menjual ikan tangkapan, hajat hati nak pergi dekat dan tengok cara diaorang berniaga tapi segan pulak sebab hanya orang lelaki jer
Ruangan tempat duduk pun banyak, jadi tak payah risau kalau ke sini dengan family besar dan kalau mak ayah dengan anak kecil tu kenalah berjaga-jaga sebab tebing dari ruang makan ke tepi pantai tu tinggi.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!