Kalau makanan sedap tu memang berulang kali kita akan singgah untuk makan apatah lagi makanan tu sesuai ikut selera bukan kita seorang tapi ahli keluarga yang lain. Dah dua kali kami singgah makan kat kedai Asam Pedas Johor Cik Su tapi di cawangan berasingan.
Kedai Asam Pedas Johor Cik Su, Kg Jijan
Bila teringat asam pedas, memang terliur jadinya kami singgah ke kedai Asam Pedas Johor Cik Su di Kg Jijan tapi kali ni pergi dengan KC Iman memandangkan habibi berada di Langkawi.
Kedai ni lebih mudah untuk dicari sebab memang laluan kami pergi menjemput dan balik pun boleh guna laluan yang sama.
Asam Pedas Cik Su ni memang padu. Kuahnya pekat, secukup rasa. Rasa asam pedas pun tak lari dari cawangan kat Sepang tu. Kalau umi masak asam pedas, hari pekat, esok cair, lusa tak tahu la.
Kami ambil 3 nasi yang didatangkan dengan telur masin separuh, timun dan sambal belacan. Sebekas asam pedas ikan pari dan asam pedas tetel pastu tambah dengan telur dadar. Perghh memang padu asam pedas Cik Su nni.
KC Iman pula terus tergoda dengan nasi ayam, yang ni pun sedap kata dia. Umi cuma ambil sesudu sebab nak nikmati asam pedas dengan khusyuk.
Dalam tengah kami dok layan makan, tetiba sampai sepinggan lempeng pisang (on the house, kata anak tauke) Dalam kekenyangan boleh lagi kami layan lempeng yang sedap ni, memang spesial lempeng dengan hirisan pisang pastu cicah sambal tumis. Memang sangat sedap!
Anak-anak kalau nampak ayam goreng memang suka, bukan anak-anak je, umi pun sama, jadi kami order 4 ketul ayam goreng untuk dibawa balik.
Dalam tengah dok layan lempeng, sesambail tunggu bungkusan ayam goreng, sampai pula sebekas kentang goreng, tauke belanja lagi. Aduhhh mau gemuk kalau dok lelama sini. Asyik kena belanja ja. Moga murah rezeki Cik Su hendaknya.
Cik Su ni umi kenal kat facebook, rasanya masa PKP. Selalu tengok Cik Su update pasal kedai dia kat Nilai dan Alhamdulillah, kami sampai dan puas hati dengan masakan Cik Su.
Semoga Cik Su dimurahkan rezeki dan bisnes berkembang maju hendaknya. Aamin
Kedai Asam Pedas Cik Su, Sepang
Kali pertama ke Asam Pedas Johor Cik Su ni pada 2 Januari waktu nak hantar CikCha yang akan bertugas membantu kemasukan pelajar baru. Bila bagitau kat habibi, untuk singgah makan tengahari asam pedas Johor, dia ok jer.
Jenuh sebenarnya dengan habibi yang nak kata tak cerewet tapi cerewet la juga bab asam pedas ni. Bimbang tak kena dengan selera dia.
Kata Cik Su, dia nak ke cawangan ni tapi kami dah kenyang dulu, lagipun tak boleh nak tunggu lama sebab perlu hantar CikCha ke kolej.
Fuhh lega bila habibi approved yang asam pedas ikan kembung ni sedap. Kami juga ambil gulai cili api siput sedap, yang ni pun sedap. Memang secukup rasa, tak tawar, tak masin, tak pedas, memang secukupnya ikut selera kami.
Cik Meya masih kenyang tapi bila tengok set nasi dengan ayam goreng kunyit, terus terbuka selera. Sedap katanya. Umi idoklah nak mencuba sebab tengah layan menyiput dan asam pedas.
Memang recommended kalau korang berada berdekatan, sila singgah dan makan.
Kedai Asam Pedas Johor Cik Su ni terletak di Labu Lanjut, Jalan 7a, Sepang yang dibuka hingga jam 6.30 petang.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!