Kisah tahun 2024 belum selesai, masih banyak dalam draft, bukan cerita tahun lepas saja tapi tahun-tahun sebelumnya pun ada kat draf. Mesti ramai yang macam saya kan, baik mengaku! haha. Jadi, nak sambung cerita kami tiga beranak, tak berhenti selepas cuci mata di Flea Market, habibi cakap nak bawa umi dan KY Amanda ke gedung buku sebab dia tahun isteri dia ni pasti tak keruan bila masuk ke REXKL katanya. Terlaksana juga hasrat dia tu.
Singgah A&W Petaling Jaya
Penat ronda 2 jam lebih dalam AmCorp Mall, nak kata lapar tu tidak tapi tetiba teringin nak minum float. Jadinya, kami singgah kat A&W pertama di Malaysia yang dulunya jadi tempat favorite habibi semasa dia bekerja di Petaling Jaya ni.
Kami order yang simple je sebab pagi tu dah makan nasi lemak tapi saja nak pekena float selepas sekian lama dok teringin. Heaven!
Baca Juga : Teruja tengok barangan antik dan lama di flea market Amcorp Mall
Gedung Buku REXKL
REXKL dulunya dikenali sebagai Panggung Rex yang cukup popular, terletak di tengah kotaraya. Pawagam yang dibuka tahun 1947, kini dah jadi gedung buku yang sangat unik yang menempatkan tempat makan dan sering dijadikan lokasi untuk pelbagai acara.
![]() |
pix sumber Google |
Tak ingat samada umi pernah menonton wayang di sini atau tidak sebab agak jauh berbanding Odeon, Colliseum dan Capitol.
Jejak kaki ke dalam panggung wayang Rex ni, memang wow. Terpegun dengan deretan buku-buku yang diletakkan dalam rak yang mudah dicapai hingga ke rak yang paling tinggi. Tersangat tinggi, entah macam mana diaorang letakkan buku-buku dalam rak terpaling tinggi tu.
Bukan hanya buku-buku lama tapi buku terbaru pun ada dan ruang panggung yang besar ni memang unik.
Bagi yang pertama kali ke sini, memang akan jelajah setiap sudut sebelum mencari buku kegemaran untuk dibaca tau diibeli.
Jenuh juga kami nak mencari habibi sebab dia lebih awal cari port untuk buat video.
Kat sini pun kami spend lebih kurang 2 jam, tak boleh nak berlama sebab takut nanti terbeli lagi. Cukuplah 2 buku dari Danielle Steel yang umi beli di Flea Market.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!