Tahniah Liza Aziz, telah dinobat sebagai juara Gegar Vaganza (GV11) dengan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi emas GV serta lain-lain hadiah. Penyanyi berusia 62 tahun yang memang kita sedia maklum punya vokal yang sangat bagus, bukanlah penyanyi baru malahan lahir dalam keluarga seni dari ayahnya, seniman Aziz Jaafar dan ibunya seniwati Normadiah.
Kedudukan Pemenang, Dan Markah
1. Juara - Liza Aziz - 77.89%
2. Naib Juara / Kedua - Ning Baizura - 71.04%
3. Ketiga - Sheila Abdull - 66.61%
4. Keempat - Dyrga Dadali - 66,23%
5. Kelima - Zehra Zambri - 64.38%
6. The Lima (RM10,000.00) - 63.42%
Hadiah Mingguan
- Pemenang Anugerah Terpaling Adabi :
- Ikon Super Lite CelcomDigi (Undian Peminat) : Liza Aziz
- Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) : The Lima
Nyanyian pembukaan gandingan Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad cukup menghiburkan dengan lagu Pokerface.
Baca Juga : Keputusan Gegar Vaganza Ke 10
Barisan Juri & Pengacara
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Hadiah dan Pengiktirafan
Pemenang GV akan menerima hadiah wang tunai, trofi, dan pelbagai peluang kerjaya, termasuk undangan untuk menyanyi di konsert dan acara hiburan besar di Malaysia.
Juara Gegar Vaganza : RM100,000 beserta trofi, termasuk barangan lain dari Adabi, Celcom dll.
Naib Juara : RM50,000.00
Ketiga : RM30,000.00
Keempat : RM20,000.00
Kelima : RM15,000.00
Keenam : RM10,000.00
Siaran Ulangan
Ulangan konsert GV11 boleh didtonton pada hari Isnin 1.30 petang dan hari Sabtu 12.30 tengahari di Astro Ria (saluran 104)
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!