Restoran Senda Loka ni baru beroperasi kalau tak silap awal tahun 2024 dan dapat juga singgah untuk menengok apa yang menarik kat sini selepas balik dari memenatkan kaki kat pasaraya Cowboy di Jalan Kuching.
Menu Pilihan
Ingatkan nak makan yang light light je sebab lebih nak bonding dengan anak bujang yang sulung ni. Dalam fikiran habibi nak makan untuk tea time macam roti kukus tapi ni bukan Boat Noodle kan.
Dah kata nak ringan-ringan jadi cucur udang jadi pilihan habibi dengan secawan cappucino. Memang sedap cucur udang ni yang agak besar saiznya dan ada udang ya.
Mushroom Soup pilihan umi not bad rasanya dan boleh diterima tapi garlic bread cuma 2 keping je.
Ayong pula pilih Spagetti Tomyam Seafood Memang sedap dan kena dengan selera umi dan Ayong juga. Memang sedap la dan sangat recommended.
Menu
Senda Loka Wangsa Melawati - No. 4, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!