Iftar Di HOMST Restoran Cina Muslim Bersama Famili

 Saban tahun kami akan iftar di luar paling tidak sekali dan sahur kat kedai mamak, alkisahnya untuk bagi umi rehat gitu. Tahun ni agak berbeza sikit sebab CikCha dah sambung belajar, tak balik setiap minggu dan KY Amanda pulak balik kampung suami tapi tetap kena tetuskan tradisi supaya umi boleh rehat..hehee


HOMST Chinese Muslim Restaurant

Agak susah nak cari kedai makan sebab tahun ni Ayong pulak cari extra income bantu kawan jual air di basar Ramadan Taman Melawati dan Angah pula kadang kala bantu gerai Street Ball di Wangsa Maju. 

Jadi kena cari restoran atau kedai yang berdekatan supaya dapat berkumpul sebab semuanya masih tinggal sebumbung. 

Sejak tak kerja dan sejak kerja ni memang umi lebih suka berbuka di rumah, walau sesimple menu sebab tu dah beberapa tahun ni umi tak ambil undangan food review Ramadan apatah lagi setiap hari umi ke rumah bonda kecuali Sabtu dan Ahad.

Jadinya, umi akan pastikan kami tetap berkumpul, makan-makan dalam bulan Ramadan di luar. Sesi bonding sebelum semuanya ada pasangan masing-masing. InsyaAllah.



Menu Pilihan

Nak pilih makan ni pun renyah juga sebab umi tak nak makan buffet sebab tak berbaloi sebab bulan puasa ni kita bukan makan banyak pun, selalunya banyak minum air sampai kembung. 

Jadi sebaiknya pilih set makanan, dan seperti biasa pinggan masing-masing akan berpusing untuk semua rasa. Harapnya pengunjung meja sebelah kami tak pelik la kan.


Kam Heong Fried Rice (RM14.15)  ni pilihan habibi ni memang sedap malah habibi sendiri cakap sedap. Bila dia sendiri kata sedap tu memang rasa lega sebab habibi ni agak cerewet dan lebih suka home cooked food.

Kali ni habibi pilih black coffee (RM2.36) sebagai pilihan minuman.


Duck Fried Rice pilihan Cik Meya (RM18.87) sesedap rasa kat selera kami dan portion nasi serta itik dalam tu pun banyak. Bak kata Cik Meya, sekali kaut nasi dengan 3,4 ketul isi itik masuk dalam sudu dan tiada bau hamis itik!

Soft Shell crab Fried Rice (RM18.87) pilihan CikCha ni memang sedap dan dia memang puashati sebab dapat makan setelah sekian lama cuma dia kurang suka dengan  crab stick yang dicarik sebab crab stik tu bukan isi ketam sebenar seperti yang dinyatakan dalam berita. Bab nasi memang sedap.

Untuk minuman CikCha pilih Teh Ais (RM3.30)

Nasi Putih Dan Side Orders

Kalau bagi umi, Ayong, Angah dan KC Iman pula kami pilih makan nasi putih dengan side order yang memang recommended kalau korang ke sini.


Buttered Sotong (RM23.58) ni sedap dan banyak. Rasa tidak masih dan tidak berminyak.


Thai Style Chicken (RM18.87) ni sangat recommended. 


Tom Yum (RM16.98) seafood ni pun korang wajib cuba kalau ke sini sebab udangnya besar dan paling umi suka sebab ada cendawan.


Siakap Stim (RM71.70) ni bagi umi biasa-biasa jer mungkin sebab dah terlalu kenyang dan ikan siakap ni jarang boleh nak dapat yang segar dari laut. Mostly ikan siakap ni adalah siakap bela, jadi dia ada rasa yang kurang enak.


Telur dadar dengan bawang (RM12.26). Memang kami semua suka telur jadi kalau makan nasi mesti nak ada telur dadar dan juga sayur kailan (RM16.04)

Angah juga order Lemon chicken (RM18.87) yang sedap, patutlah Angah recommend. Tak sempat ambil gambar sebab semua dah kekenyangan sampai lupa segala heee


Pencuci Mulut


Honey Dew Saglo Lolo pilihan habibi (RM7.55) dan Manggo Sago Lolo pilihan CikCha (RM9.43) jadi pilihan dessert. Kedua pencuci mulut ni memang recommended. Sedap dan tak manis.

Kat setiap meja, pihak restaurant turun letakkan buah kurma yang jadi kebiasaan kita semua, jadi tak perlu bawa dari rumah macam kami

Disebabkan susah nak fikir bab minuman, umi cuma tempah 1 jag air (RM2.83), janji ada air minuman sebab takut ada yang nak minuman yang berlainan. 


Bila Angah Ammar sampai, dia order 1 jag air oren (RM33.02). tapi tak habis pun sebab perut masing-masing dah kekenyangan.


Jumlah keseluruhan RM320.00 untuk 7 orang kami dan memang berbaloi sebab makanan sedap dan portion nasi goreng memang banyak. Ada rezeki nanti boleh sambut anniversary atau birthday kat sini.



Rating Peribadi

Bagi makanan yang kami order tu memang puashati dengan jumlah dan servis pun cepat walau kami buat tambahan order. Cuma untuk dapatkan nasi tambah tu sampai ke sudah tak dapat dan pelayan pulak tidak kelihatan mungkin sebab sedang makan.

Meja kami terletak di luar premis mungkin lain kali kena buat tempahan sehari lebih awal untuk ditempatkan di dalam premis yang berhawa dingin. 

Rasanya sepanjang bulan Ramadan ni memang penuh kedai ni, jadi lain kali boleh ke sini selepas Ramadan.

Waktu kami sampai dalam jam 7 tu nasi goreng yang ditempah dah tersedia dengan sepinggan kurma tapi nasi goreng ketam cikcha pulak tanpa plastik penutup. Jadi umi terus mesej (jam 7:05)pada no whatsapp yang umi hubungi untuk buat tempahan.

Bukan apa tak tahu berapa lama nasi tersebut dah dihidang, tambahan nampak ada lalat baru terbang. Sempat pegang dan  rasa nasi goreng habibi tu masih suam. Mungkin nampak simple tapi kebersihan dan penyajian harus bersih.


Jam 9.18 malam, mesej dibalas memohon kemaafan dan menyatakan akan perbaiki pada hari-hari berikutnya.

Cuma umi harap lalat tu singgah sekejap atau baru nak bertenggek, tak sanggup tengok cikcha kena keracunan makanan dengan teruk sekali beberapa minggu sebelum puasa sampai kena cuti rehat di rumah


PRICE :  8/10 |  FOOD RATE :  8.5/10  |  SERVING :  8.5/10   |  AMBIANCE : 7.5/10



Restoran Homst



Homst adalah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim halal yang autentik yang dimiliki oleh Yusoff Lau Bin Abdullah yang juga merupakan seorang cef. Restoran ini beroperasi sejak tahun 2002 bermula di Taman Tun Dr Ismail dan kini terdapat beberapa cawangan iaitu 
  1. Homst TTDI
  2. Homst Kampung Baru
  3. Homst Shah Alam
  4. Homst Kajang
  5. Homst Setia Alam
  6. Homst Cyberjaya
  7. Homst Putrajaya
  8. Homst Wangsa Maju
  9. Homst Bangi


Waktu Operasi 

Dibuka setiap hari

  • Isnin hingga Khamis 11:00 Pagi -10:30 malam
  • Jumaat - 3:00 Petang - 11:00 malam
  • Sabtu & Ahad - 11:30 Pagi - 11:00 malam

Post a Comment

0 Comments