Nasi Ulam ni memang suatu kemestian bila tiba bulan Ramadan. Sejak beberapa tahun ni, sejak mak dah tak larat nak buat, umi pulak teruskan legasi dan seakan tradisi buat umi untuk menghidangkan nasi ulam untuk diri sendiri dan adik beradik yang berdekatan, tak lupa juga buat jiran tetangga.
Nasi Ulam Utara
Nasi ulam ni memang nostalgia dan memang auto terkenang Allahyarham abah yang menjadi tukang hiris dan racik daun-daun hingga halus dengan pisau belatinya. Bila dah siap, mak pula akan menggaul nasi dengan kesemua bahan ni dan nilah juadah yang terhebat bulan puasa kami.
Berbeza dengan nasi ulam Allahyarhamah mak mertua, dia akan buat sayur asam keladi sebagai regu nasi ulam. Sayur asam keladi ni pulak diletakkan isi ikan kembung, memang padu sungguh rasa kuahnya.
Nak jadi rezeki, kat Pasar Datuk Keramat ada pulak bunga kunyit, daun ketumbar jawa, temu pauh. Daun bebuas, mengkudu, kaduk mintak kat jiran dan daun tenggek burung pulak tumbuh kat belakang rumah, dan masih tak dapat pucuk lemuni
Memang setiap tahun umi buat Nasi Ulam Utara ni sebab dah jadi macam satu kemestian sebanya hanya dalam bulan Ramadan jer ada Nasi Ulam. Rupanya umi dah buat nasi ulam ni sejak tahun 2012!
Daun & Ulaman
2. pucuk bebuas
3. pucuk sekentut
4. daun cekur
5. daun kunyit
6. pucuk kari
7. pucuk tenggek burung/ cabang tiga
8. daun belalai gajah
9. pucuk daun limau purut
10. pucuk mengkudu
11. daun ulam raja
12. pucuk putat
13. bunga kunyit
14. daun kesum
15. daun selom
16. temu pauh
17. ketumbar jawa
19. daun pegaga
20. daun selasih
21. daun pudina
22. daun kemangi
23. daun gajus
24. 1 batang bunga kantan
25. mangga muda (optional)
Bahan ditumbuk
1/2 inci lengkuas, dihiris
1 inci halia, dihiris
2 batang serai, dihiris
1 sudu besar lada hitam
Bahan lain
1/2 keping ikan tenggiri jeruk, digoreng
1 labu bawang merah, dihiris nipis
1 tangkai cili merah
2/ sudu kerisik
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Nasi yang dimasak, diletakkan didalam talam atau besen supaya cepat sejuk.
2. Bahan-bahan untuk ditumbuk tu (lengkuas, serai, halia) dihiris halus kemudian ditumbuk. Kalau hiris kasar atau panjang (serai) nanti bahan tumbuk tu berserat
3. Daun-daun dan ulaman dihriis dan diracik hingga halus
4. Bila nasi dah benar-benar sejuk, masukkan kesemua bahan yang ditumbuk, daun yang diracik, ikan jeruk dan kerisik dan digaul biar rata. Masukkan bawang besar dan cili merah yang dihiris nipis. Perasakan dengan garam. Siap.
Sayur Asam Pedas Keladi
Bahan-bahan
Seikat keladi
2/3 ekor ikan kembung
7 tangkai cili kering, ditumbuk dengan belacan
1 sudu lada hitam (optional)
4 ulas bawang merah, dihiris
3 tangkai daun kesum
3 ke 4 keping asam gelugur
Sedikit ajinomoto
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Sayur Keladi
Batang keladi, disiat kulit luar, dipotong pendek, dibasuh dan kemudian direbus dengan asam gelugur dan ditoskan. Rebuskan sekali ubi keladi (kalau ada)
Ikan kembung yang siap dibersihkan, direbus hingga masak. Toskan dan bila sejuk, perisi untuk ambil bahagian isi.
3. Tumbuk cili kering bersama belacan, lada hitam (optional) hingga lumat.
Dalam periuk satukan kesemua bahan yang ditumbuk dengan semangkuk air, renih hingga agak kering dan cili masak.
Tambah air hingga separuh periuk, masukkan keladi, daun kesum, dan asam gelugur. Masak sampai mendidih,
Akhir sekali masukkan isi ikan, garam, ajinomoto dan gula (bagi rasa manis sikit, kalau suka). Kuah asam peda ni ada rasa masam, manis dan wangi seperti kuah laksa dengan adanya daun kesum.
Nota
Masa buat live nasi ulam tempohhari ada pula yang tanya kalau dijual, tapi mana tau kot tahu depan umi rajin nak meniaga nasi ulam utara kat KL ni kan. Bukan susah pun bagi yang dah biasa buat haha.
Rasa teruja juga sebab view live semasa nak proses menyiapkan nasi ulam dan masa habibi duk meracik ulaman. Live kami tak lama pun, sebab saja suka-suka nak kongsi. Ramai yang tak tahu sebab ingat nasi ulam ni macam nasi kerabu.
Mungkin tidak tinggi tapi jumlah view dengan ada masa yang masuk live tu cecah hampir 700 orang tu memang sangat syok sambil membalas komen.
Ada yang kat kat Terengganu pun ada nasi ulam, mungkin orang utara bermastautin kat sana tapi bila kata ada yang letak budu, tu dah tak original sebab nasi ulam ni jenis kering dan ulaman yang digunakan pun bukan jenis basah.
Nak sedap, kena makan dengan sayur asam keladi. Cubalah!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!