Assalammualaikum wbt
Hari ni hari Isnin...No moodless Monday! tapi ditunda untuk esok haha
Alhamdulillah...bercuti kita hari ni...panjang betul Umi bercuti kali ni..sejak hari Jumaat cuti sampai hari Isnin ni dapat 4 hari la kan..bukan selalu pun bercuti gaya camtu dan lagipun hari Jumaat lepas adik ipar yang tinggal kat Penang tu singgah dengan rombongan 10 orang ^ ^ ehh bukan rombongan meminang..belum lagi haha. Tu depa singgah sebelum teruskan perjalanan ke Johor dan semalam pulak depa singgah dan bermalam jadi meriah la rumah. Alang² hari ni cuti Hari Pekerja jadi kita pun sakan la menjamu depa dengan nasi berlauk pauk dan kuih favorite terkini D'hubby..
Resepi Nona Manis klik SINI
Walau ada tetamu tapi hari ni D'hubby kena pulak ke Muzium DiRaja yang dulunya Istana Negara Lama sebab bertugas...jangan ditanya dia buat apa tapi tu la kerja seorang jurugambar *_*
Hari Pekerja bermaksud mereka yang bekerja dengan tulang empat kerat...eh sama la untuk mak² juga kan yg hari² kena memasak, kemas rumah dan hari ni kena extra kerja ;( membasuh dan sidai baju sebab D'hubby kena kerja, kena kemas rumah...kan guna tulang empat kerat jugak kan tapi kalau mak mithali ni kan dengan anak² yang membesar dan pandai nak makan itu ini mana nak boleh rehat...masa anak² kecil dulu boleh la dan tambahan sekarang ni selera masakan sendiri lebih sedap dari yang dibeli..jadi dari tak pandai memasak dah jadi pakar tau hik hik
Jom kita tau perihal Hari Pekerja ni ;)
Dulunya Hari Mei atau May Day pada 1 Mei dipanggil Hari Buruh dari terjemahan Labor Day.
Hari Buruh di Malaya disambut pada 1921 selepas Perang Dunia Pertama sebelum Perang Dunia Kedua yang mana ketika itu Malaya adalah tanah jajahan Inggeris yang kaya dengan menyumbang pendapatan Britain melalui hasil pelombongan bijih timah dan peladangan getah dan dikerjakan melalui tenaga buruh melibatkan pekerja dari China dan India.
Kini Hari Buruh dikenali sebagai Hari Pekerja dan bertujuan memperingati perjuangan para pekerja menuntut hak, iaitu 8 jam sehari dan cuti rehat seminggu sekali beserta gaji setimpal
Baca seterusnya dekat SINI
******************************
Kisah Hari BuruhHari buruh bermula pada musim bunga 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire mengetui 100,000 pekerja yang tidak berpuashati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah. Mereka mengadakan mogok dan berarak untuk menuntut masa kerja dikurangkan dan ditetapkan kepada 8 jam sehari.
5 September 1882 adalah perarakan Hari Pekerja pertama diadakan di New York dengan penyertaan seramai 20,000 pekerja dengan slogan "Lapan Jam Kerja, Lapan Jam Rehat dan Lapan Jam Rekreasi"
Jadi Mc Guire mencadangkan pekerja AS diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di AS dan Kanada sehingga hari ini
Pada 1 Mei 1886, seramai,400,000 pekerja di AS mengadakan demonstrasi besar-besaran untuk memendekkan masa bekerja tapi demonstrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasaan pasukan polis.
Di Malaysia, Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman
Selamat Hari Pekerja!
Psst..moh blogwalking
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!