Segera Jauhkan Amalan Yang Boleh Mendatangkan Kepada Syirik

Segera Jauhkan Amalan Yang Boleh Mendatangkan Kepada Syirik  | Assalammualaiku, Salam Syawal buat semua.


Dah lama simpan topik yang dikongsi oleh abang ipar dan diharap memberi manafaaat buat kita semua supaya kita menjadi Muslim yang sebenar-benarnya.

Telah diterangkan dalam topik #SYIRIK terdahulu bahawa amalan demikian terbahagi kepada 3 cara:

  1. Melalui ucapan
  2. Melalui perbuatan
  3. Niat dalam hati


Ucapan-ucapan yang biasa terdengar pada lisan sebahagian orang Melayu adalah:

  •  “Minta Simpang Malaikat 44.”
  • “Nenek Datuk, cucu tumpang lalu..atau.. tumpang Kencing” jika melintas di tempat yang menggerunkan atau kencing di hutan atau terjumpa tapak/kesan kaki gajah atau lain-lain binatang buas.

Ucapan sebegini membawa maksud Isti’azah (memohon perlindungan) dengan makhluk ghaib dan ianya adalah SYIRIK AKBAR yang menjadikan penuturnya terkeluar daripada Islam - 'na’uzubillah min zalik'. Mereka menganggap tempat 'keras' itu ada penunggu samada dari golongan jin syaitan.

Yang sahih bacalah doa yang diajar Nabi:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna daripada kejahatan apa yg Dia ciptakan” [HR Muslim].

Mereka juga menganggap makhluk ciptaan Allah ada kuasa ghaib, seperti:

  • Burung hantu - apabila ia berbunyi di malam hari menandakan ada orang berdekatan akan mati.
  • Rama2 - apabila ada rama2 memasuki rumah, akan ada tetamu yang akan berkunjung.


Atau petanda-petanda pelik boleh meramal kejadian, seperti:

  • Gatal tapak tangan - tanda akan dapat duit.
  • Gerak kelopak/kening mata kiri - akan menangis kerana kehilangan seseorang/sesuatu.
  • Gerak kelopak/kening mata kanan - akan berjumpa dengan seseorang.
  • Ular/biawak masuk rumah - sesuatu perkara sial akan berlaku.
  • Terpeleot kaki...masa nak ke mana2 - petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku di perjalanan.


Sekiranya kita percaya dengan sepenuh hati kepada salah satu perkara di atas, maka akibatnya akan jatuh SYIRIK lah ia.

HENDAKLAH SEGERA MEMOHON KEMAAFAN, BERTAUBAT, TIDAK MENGULANGI LAGI DOSA ITU DAN MENGUCAPKAN SEMULA KALIMAH SYAHADAH.


Nabi SAW sendiri tidak tahu tentang ilmu ghaib kecuali melalui wahyu.

قل أوحي إلي أنه استمع نفر من الجن فقالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"
[Surah al Jinn 72:1]

قل إن أدري أقريب ما توعدون أم يجعل له ربي أمدا

"(Kalau ditanya bilakah azab itu?) Maka katakanlah: "Aku tidak mengetahui samada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut." [Surah al Jinn 72:25]

Jelas dua ayat di atas, Nabi SAW tidak tahu menahu akan perihal jin mendengar bacaan Nabi SAW dan hal ghaib...

Jin juga tidak tahu ilmu ghaib,

وأنا لا ندري أشر أريد بمن في الأرض أم أراد بهم ربهم رشدا

"Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?" [Surah al Jinn 72:10]

Ilmu ghaib yang Nabi SAW tahu hanyalah Ilmu Syariat & berita wahyu sahaja.

عالم الغيب فلا يظهر على غيبه أحدا

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, - [Surah al Jinn 72:26]

إلا من ارتضى من رسول فإنه يسلك من بين يديه ومن خلفه رصدا

"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [Surah al Jinn 72:27]

Bab syirik Akbar (syirik besar).
Perlindungan pada selain Allah seperti:


  • menggantung ayat suci al quran seperti 3 qul atau ayat kursi dengan niat sebagai perlindungan rumah/diri 
  • membawa yassin/kitab al quran ke mana-mana atau diletakkan di dalam kereta dengan niat supaya perlindungan diri dari kejahatan jin/syaitan
  • kepercayaan khurafat seperti membawa paku.. meletakkan gunting bawah bantal.. menggantung tahi besi di rumah.. menabur garam dan lada hitam di sekeliling rumah.. membela ikan puyu dengan niat sebagai perlindungan.. semua ini yang bersangkut paut dengan perlindungan selain Allah adalah syirik Akbar ...

  • percaya kepada ramalan yang membawa kepada sial seperti feng shui cina.. percaya cermin pecah dan lalu bawah tangga akan jadi sial kepada diri.. percaya sapu rumah waktu malam sial akan dtg.. apa-apa kepercayaan yang membawa kepada sial seperti itu membawa kepada syirik akbar...
Wallahualam.  Jadi sebaiknya kita segera jauhkan amalan yang boleh mendatangkan syirik ni kerana ini semua hanyalah ikutan dan apa yang pasti kita tak mahu tergolong dalam golongan orang yang mengamalkan syirik.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!