Hubungi Pusat Bantuan Instagram Bagi Membantu Menutup Atau Mengabadikan Akaun Instagram Buat SiMati | Kematian memang tidak boleh diduga bila, kenapa dan dimana. Sekiranya berlaku kematian dikalangan adik beradik, suami atau isteri, saudara terdekat atau pun sahabat, kita boleh membantu dengan menghantar kepada pihak Instagram bagi menghapuskan atau mengabadikan akaun tersebut.
Paling utama pastikan si pemohon adalah ahli keluarga terdekat dengan simati bagi meminta akaun tersebut ditutup/delete dari Instagram.
Penutupan akaun Instagram
Hanya ahli keluarga terdekat yang disahkan dibolehkan meminta pengalihan keluar ahli keluarga dari Instagram. Beberapa bukti diperlukan bagi memastikan si pemohon adalah ahli keluarga terdekat bagi si mati antaranya
- Sijil kelahiran si mati
- Sijil kematian si mata
- Bukti daripada pihak berkuas di bawah undang-undang tempatan bahawa si pemohon adalah wakil sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Penutupan akaun sebagai langkah mengelakkan sebarang keaiban atau disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, jadi terdapat foto atau video si mati yang tidak menutup aurat dan boleh mendatangkan keaiban adalah sebaiknya ditutup.
Mudah sahaja, cuma pergi ke https://help.instagram.com/contact/1474899482730688 dan paparan seperti dibawah akan keluar untuk kita mengisinya.
Sangat mudah dan akhir sekali kita perlu isi segala butiran dan kemudian lampirkan sijil kematian.
Berapa lama ia akan berkuatkuasa? tidak lama lebih kurang 24 jam atau kurang, sekiranya kita mengisi segala butiran dengan sebetulnya.
Pengabadian Akaun - sumber Google |
Pengabadian Akaun
Pihak Instagram juga boleh mengabadikan akaun Instagram si mati apabila menerima permintaan yang sah. Pihak Instagram akan menghalang rujukan kepada akaun yang diabadikan daripada muncul di Instagram dengan cara yang mungkin menyinggung rakan dan keluarga serta pihak Instagram akan mengambil langkah untuk melindungi privasi si matai dengan menjamin akaunnya.
Untuk melaporkan akaun untuk diabadikan, hubungi Instagram dan beberapa bukti diperlukan antaranya pautan kepada obituari atau artikel berita.
Beberapa ciri utama bagi akaun yang akan diabadikan
- Instagram tidak membenaran sesiapa sahaja untuk log masuk ke akaun yang diabadikan
- Profil akaun diperingati tidak kelihatan berbeza daripada akaun yang belum diperingati
- Kiriman yang dikongsikan si mati termasuk foto dan video, kekal di Instagram dan dapat dilihat oleh khalayak yang mendapat perkongsian tersebut
- Akaun diperingati tidak kelihatan dalam ruang awam seperti bahagian Teroka (search) orang lain.
Apabila akaun diperingati, tiada sesiapa yang akan dapat membuat perubahan pada mana-mana kiriman mahupun maklumat sedia ada akaun dan diantaranya termasuk:
- Foto atau video yang ditambakan oleh individu tersebut pada profil mereka
- Komen pada kiriman yang dikongsi oleh individu tersebut pada profil mereka
- Tetapan privasi profil mereka
- Foto profil semasa, pengikut mahupun orang diikuti oleh individu tersebut
Peringatan
Pihak Instagram tidak akan memberikan maklumat log masuk untuk akaun yang diabadikan kerana ianya bertentangan dengan dasar bagi seseorang mengelog masuk ke akaun orang lain.
Selain dari membuat penutupan akaun Instagram, kita boleh juga mendapat bantuan antaranya.
- Menguruskan Instagram
- Mengurus Akaun Anda
- Penyelesaian Masalah dan Bantuan Log Masuk
- Pusat Privasi dan Keselamatan
- Instagram untuk Perniagaan
Entri ini sekadar peringatan buat diri dan ahli keluarga supaya mengambil langkah sewajarnya dan mungkin terdapat beberapa butiran yang saya terlepas pandang (missed out), boleh la komen untuk panduan orang lain juga
6 Comments
bagus sgat info yg mcm nie kak.. terima kasih atas infonya..
ReplyDeleteTerima kasih kak perkongsian. Kalau ada akaun ig, fb dan lainnya.. Mklumkan pada keluarga supaya mudah diurus kelak.
ReplyDeleteThank you share info ni kak
ReplyDeleteBagus info macam ni membantu bagi yang memerlukan, mana tahu nanti kita pun memerlukan
ReplyDeleteBagus info ni..
ReplyDeleteI think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. Instagram Video Downloader
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!