Konsep Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri | Siapa tak teruja bila dapat jemputan untuk menghadiri sidang akhbar serta resepsi persandingan Aiman Hazeem yang dipanggil Ajim, anakanda Bonda Rozita serta adik kepada abang kosmetik yang cukup kontroversi tak lain tak bukan Datuk Seri Alif Syukri. Sidang akhbar turut disertai oleh anak sulungnya Noor Hayati Kamarzaman yang lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi dan juga Datin Shahida.
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Memandangkan Istana Ratu di rumah hutan milik Bonda Rozita masih belum siap, jadinya majlis persandingan Ajim diadakan di Dewan Perdana Felda tapi masih dengan tema rumah hutan dan istana ratu yang diilhamkan oleh Bonda Rozita sendiri. Lebih menarik kedua pasangan pengantin serta Bonda Rozita melakonkan watak seperti mana hikayat Melayu purba yang cukup menarik.
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Memang lega kata Bonda Rozita bila hanya dengan sekali nafas sahaja Ajim yang berusia 23 tahun ni telah sah menjadi suami kepada Siti Nurhafizah kalau tak memang buat malu..memang lawak bersahaja sungguh Bonda dan anak-anaknya ni
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Menurut Bonda Rozita, majlis persandingan Ajim akan berlangsung dalam empat majlis resepsi dan majlis di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak beliau menjemput seramai 1000 orang jemputan dan antara tetamu jemputan adalah Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor. Adalah difahamkan kos keseluruhan majlis adalah sebanyak setengah juta tidak termasuk doorgift dan cabutan bertuah berubah bag berjenama dari DS Alif Syukri malah si pengantin mendapat hadiah berupa kereta Mercedez Benz. Tambah Bonda Rozita, mereka juga tidak menerima sebarang penaja dan memang tidak hairan kerana kesemua mereka ahli perniagaan yang cukup berjaya.
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Memang rasa tersentuh bila DS Alif Syukri dan Kak Long Yati bercerita mereka bertukar-tukar menjaga Ajim sejak bayi sementara Bonda Rozita sibuk mencari rezeki. Begitu cantik dan utuh hubungan adik beradik ini walau berlainan bapa dan begitu jugak akrabnya hubungan mereka anak beranak walau mereka merupakan pesaing dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan.
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Rasanya tetamu pasti terbuai dengan penampilan dan nyanyian merdu penyanyi pop bersuara emas Dato Jamal Abdillah yang mendendangkan empat buah lagu dan diserikan juga dengan tarian serta nyanyian dari pemuzik jemputan.
Rumah Hutan Dan Istana Ratu Tema Majlis Persandingan Adik Dato Seri Alif Syukri |
Buat pasangan pengantin Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah, semoga kekal bahagian hingga ke akhir hayat.
Pasti ramai yang nak tahu dan dapatkan gambar-gambar menarik keluarga yang bijak berniaga ni boleh la ikut di laman Instagram mereka
Bonda Rozita - https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/
Dato Seri Alif Syukri - https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/
Yatie Sendayutinggi - https://www.instagram.com/yatie_sendayutinggi/
5 Comments
Sangat glam wedding Aiman Hazeem nih!
ReplyDeleteSama cantik sama padan tapi nampak macam berat sangat sanggul pengantin perempuan tu
Bestnya dapat pergi...
ReplyDeleteserba mewah dan gah majlis perkahwinan anak dia kan. anak last of course kena meriah.Tahniah untuk pengantin baru
ReplyDeleteMasyaAllah, mmg teruja sgt tgk majlis anakanda bonda rozita ni...semoga pasangan pengantin baru ni kekal bahagia hingga ke jannah, aamiin..
ReplyDeletewaa konsep dia macam menarik tu.. tema istana hehe
ReplyDeletebtw jemput join,
http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!