Aris Ariwatan Penyanyi Favorite Dari Dulu Hingga Kini | Antara penyanyi yang cukup diminati kerana lagunya yang cukup menusuk ke jiwa bukan sebab kes frust bercinta tapi nyanyian dia tu yang payah nak describe perasaan sendiri bila dengar suara dia..hehe. Bukan crush dan bukan kerana dia tampan atau handsome tapi memang jatuh cinta dengan suara Aris Ariwatan..kata orang suara jantan hehee. Tapi kann memang agak jatuh cinta gak dengan dia dengan imej rambut panjang dan wajah tenang dia tu...ewahhh
Aris Ariwatan Penyanyi Favorite Dari Dulu Hingga Kini sempat snap pix Aris selepas dia berduet dengan Wann |
Pentas Gegar Vaganza 2019 tadi yang menampilkan Aris sebagai penyanyi duet Wann ni mengimbau kenangan bila teringat lagu favorite antaranya Lamunan Terhenti, Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya, Permaidani, Cinta Tak Kenal Siapa dan 1 2 3 4.
Dilahirkan pada 5 Oktober 1964 dengan nama Harris Fadzillah Bin Daud tapi lebih dikenali sebagai Aris Ariwatan (Ariwatan tu nama kumpulan dia). Sebenarnya tak berapa tahun pasal kumpulan tu sebabnya cuma kenal dia dengan lagu-lagu dia je.
Katanya dia punya enam cahaya mata tapi saya tak pernah kisah perihal artis ni sebab cuma meminati suara dia dan dia antara artis yang bersih dari gosip liar atau saya yang tak ambil kesah? hehee
Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya
\
Kisah lama mendayu membawaku ke kamarmu
Bila bunga kasih mewangi mengulitkan irama nan syahdu
Belaian sehalus sutera mempersona sehingga ku terlena
Putaran masa berlalu tak ku terasa
Bagaikan satu mimpi
Kini tinggal
terdampar
menyepi di pesisir rindu
Hanya sanggup aku tersenyum
membayangkan wayang nan silam
Di kala asmara lepaskan layarnya
Bahtera cintaku membelai laut birumu
Malam menghias
sejuta warna
menjanjikan sejahtera
Di kala asmara lepaskan layarnya
Bahtera cintaku merentas laut sembilan
Malam menghias
sejuta warna
mengungkitkan kesan abadi
Belaian sehalus sutera mempersona
sehingga ku terlena hingga masa berlalu
Tak ku terasa bagaikan satu mimpi
Putaran masa berlalu tak ku terasa
Bagaikan satu mimpi
Di kala asmara lepaskan layarnya
Bahtera cintaku membelai laut birumu
Malam menghias sejuta warna menjanjikan sejahtera
********************
Lamunan Terhenti
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh kekasih lama
ku cuba selindungkan api keresahan
namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira engkau sudah melupakan
kerana itulah lengkau nampak tenang
lainlah aku walau ketika ini
masih membara ingatakan ku terhadapmu
Ku singkap kenangan dulu
sewaktu kasih berputik
ku gengam erat tanganmu
ku tunduk sembunyikan wajah
namun dapat aku meneka hatimu
sehati denganku
Lalu kau mendongak berbalas renungan
dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
kau pun berlalu dalam pekatan malam
tinggal aku seorang
Ku singkap kenangan dulu (ku singkap oh)
sewaktu cinta berputik
ku gengam erat tanganmu ( ku gengam oh)
ku tunduk sembunyikan wajah
namun dapat aku meneka hatimu
sehati denganku
********************
********************
Permaidani
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau…
********************
********************
1, 2, 3, 4
Satu...kasih yang abadi
tiada tandingi dia yang satu
Dua...sayang berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga..lapar dan dahaga
rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ketemu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih
(ulang rangkap diatas)
Ibu, ku ingat dahulu
menyisir rambutkau, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang, dengar lagu ini
untuk kau sandarkan buat pedoman
jangan manis terus ditelan
pahit terus dibuang..itu bidalan
harus kau renungkan
andai, kau beroleh bahagia
ingat itu bukan untuk selamanya
andai, kau dalam sengsara
ingat itu bukan selamanya
hidup ini sementara
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!