Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 | Selalu kita dengar ayat 'Nak Tarik Pelanggan' dalam iklan di radio yang cukup sinonim dengan Najib Assadok. Pasti ramai yang kenal sebab beliau adalah seorang Usahawan Internet sejak 2009, Master Trainer untuk pemasaran online, penulis kepada 6 buah buku antaranya Buku Roket Emel, 4 Turbo Copywriting & yang terbaru, buku Buat Jer. Beliau berpengalaman dalam bidang sales sejak tahun 2005 lagi dan ilmu itu membantu beliau berjaya dalam perniagaan yang beliau ceburi walau ada yang kata Najib Assadok tipu dan Najib Assadok scammer. Bukan sama sekali.
Najib Asaddok telah melatih puluhan ribu peniaga dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada peniaga yang melebarkan sayap melalui pemasaran online. Melalui skill & ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai jualan ribuan ringgit ke jutaan ringgit setiap tahun dengan Formula Online Rocket Marketing yang mudah & senang dilakukan.
Bila bercakap pasal bisnes, pasti kedengaran keluhan para usahawan dan peniaga yang ditemuramah di kaca televisyen mahupun di media sosial, betapa mereka mengalami kemerosotan jualan akibat dari pandemik yang melanda sejak tahun 2020. Malah ramai yang gulung tikar dan tidak sanggup meneruskan perniagaan berikutan tidak mampu membayar sewa, menggajikan pekerja dan terpaksa bergolok gadai kerana hutang yang meningkat.
Kadang kala kita merasakan ilmu yang kita ada sudah cukup untuk kita berjaya dalam perniagaan tapi sebenarnya kita silap. Kita perlu belajar dan terus belajar kerana apabila zaman berubah, teknologi semakin canggih dan banyak perubahan berlaku, maka ilmu-ilmu yang kita ada dan guna pakai perlu ada penambahbaikan dan perlu dipertingkatkan.
Kita tahu dan sedia maklum, untuk berjaya kita perlu ada guru, perlu ada bisnes circle dan perlu tahu tentang digital marketing untuk masa sekarang selain usahawan perlu pandai cara dan bagaimana untuk menarik pelanggan.
Sebut pasal belajar ni, pasti ramai boleh dapat ilmu dari Richworks Academy tapi bimbang akan harga kelas titanium dr azizan ni. Tapi kalau dapat sertai Titanium Cirle ni akan tahu senarai titan richworks yang berjaya mencapai jualan jutaan ringgit. Nak berjaya kena jadi anak murid Dr Azizan yang kebanyakan adalah usahawan zero ke million richworks. Anda boleh lihat harga seminar Dr Azizan 2021 di laman web Richworks.com
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
“Tiada siapa boleh buat diri kita berani melainkan diri kita sendiri”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Dalam dunia perniagaan bagi mereka yang berjaya tidak ada sesiapa pun yang tidak pernah mengalami kemerosotan jualan, merasa down namun sebagai usahawan, mereka perlu berani membuat perubahan dan berubah untuk berjaya.
Saya suka berkongsi kisah kejayaan dan jatuh bangun usahwan internet terkenal, Najib Assadok yang merupakan anak murid Dr Azizan, yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang untuk membuat bisnes, masih dalam bisnes dan ingin mengembangkan bisnes hingga menjadi jutawan seperti beliau.
Jangan ingat Najib Assodok ini buat bisnes dan terus berjaya tau. Beliau juga mengalam beberapa fasa kemerosotan dalam bisnes tapi beliau cukup berkeyakinan dan tidak menoleh kebelakang dan berjaya hingga ke tahap yang tinggi seperti hari ini.
Jom kenali beliau yang merupakan anak didik Dr Azizan dari Richworks Academy.
Najib Assadok Pengasas Momentum Internet Sdn Bhd
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Latarbelakang Najib Assadok
Mohd Najib Bin Assadok, anak kelahiran Benut, Pontian ini merupakan pengasas, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 07 Februari 2014. Beliau merupakan seorang usahawan internet bermula pada tahun 2009.
Momentum Internet Sdn Bhd ialah syarikat yang memberi latihan dan perunding pemasaran digital yang bertujuan membantu usahawan dan perniagaan menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online).
Kisah Jatuh Bangun Dan Kejayaan Najib Assadok Yang Memberi Inspirasi
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Beliau merupakan anak sulung kepada 6 orang adik-beradik dan ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 11 tahun. Seorang pelajar cemerlang dalam PMR, memasuki MRSM dan kemudian menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sebagai abang yang sulung, beliau sudah terfikir jika sekadar makan gaji, rasa tidak akan ke mana dan keluarga akan terabai hingga beliau ambil keputusan untuk 'drop off'. Dalam pada masa yang sama beliau sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes seperti MLM.
Tahun 2008
Beliau mengakhiri zaman bujangnya dengan pilihan hatinya yang cukup memahami dan memberi sokongan kepada beliau hingga kini.
Tahun 2009
Beliau membuat bisnes bundle barang terpakai yang diambil dari Singapura. Rutin sehariannya menyusun dan kemas barang-barang bundle bermula dari subuh dan pulang tengah malam memang cukup memenatkan apatah lagi bila tiada pelanggan. Bisnes beliau mampu bertahan selama 6 bulan dan terpaksa ditutup dengan jumlah hutang yang meningkat.
Beliau akur tanpa ilmu untuk berniaga dan segala kerja dibuat sendiri merupakan sebab kegagalan beliau.
Tahun 2010
Najib Assadok mula serius menjual produk melalui online peringkat antarabangsa, dan mampu memperolehi jualan RM 20,000 sebulan. Namun beliau masih tidak nampak arah tuju ke mana bisnesnya akan pergi jauh apatah lagi hasrat menjadi jutawan itu masih tak terjawab.
Cabaran yang dihadapi belia masih lagi kerana sales terlalu rendah dan terhad untuk dikembangkan. Kebergantungan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh platform antarabangsa tiada team dan semua dibuat sendiri dan beliau tahu, dia memerlukan ilmu dan motivasi untuk terus berbisnes.
Tahun 2012
Bisnes beliau masih bertahan tapi masih di tahap yang sama dan beliau masih tidak nampak potensi dan hala tuju dalam bisnes. Beliau sedar tahap kepercayaan pada keupayaan diri adalah antara penyebabnya dan paling utama beliau tiada sebarang panduan yang khusus dalam bisnes.
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Akhirnya Tuan Najib mencuba nasib dengan berjumpa Richworks dan hadir ke Advance Marketing Power (AMP) di Wisma MCA. Penerangan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang cukup menyeluruh tentang pemasaran dan melihatkan ramai usahawan telah berjaya dibawah seliaan dan didikan Dr Azizan membuatkan beliau merasa kagum.
Langkah Tuan Najib tidak berhenti hanya disitu, apabila beliau terus hadir pula program IMKK untuk bina kekuatan dalaman.
Cabaran yang masih dihadapi beliau adalah kerana beliau masih tidak pandai macam mana nak guna pakai ilmu ke dalam bisnes, masih tiada arah yang jelas dalam bisnes dan beliau masih membuat “try and error”
Tahun 2013
Bisnes mula ada peningkatan, capai belikan emak rumah, memiliki rumah saya sendiri dan capai kereta impian.
Tapi bisnes tetap stuck pada satu level dan Tuan Najib masih rasa kekurangan sesuatu iaitu tiada MenThor dan ilmu yang perlu sentiasa di upgrade.
Walau ada peningkatan, beliau masih lagi tercari-cari identiti dan hala tuju yang tepat. Masih lagi tidak nampak jalan untuk capai RM1 juta setahun. Selain tidak tahu untuk ambil pekerja dan tidak cukup team leader untuk membantu dan kerana itu masih lagi banyak kerja-kerja dibuat sendiri.
Tahun 2015
Tuan Najib ambil keputusan sertai semula IMKK untuk recharge, masa itu tekad nak masuk IMKK saja dan tak nak masuk pun program lanjutan.
Tapi dari ilmu yang Datuk Wira Dr Azizan Osman berikan, beliau rasa sangat penting untuk Business Owner sentiasa belajar. Ini membuatkan Tuan Najib buat keputusan dan menjadi usahawan pertama menyertai program terbaru iaitu Titanium Partners.
Cabaran yang dihadapi
- Cabaran untuk bina bisnes semakin besar dan jalan penyelesaian agak sukar.
- Hadapi cabaran untuk naikkan jualan dan strategi yang betul.
- Belum jelas hala tuju yang sebenar sehingga menyertai Titanium.
Tahun 2016
Bisnes Momentum Internet terus berkembang dengan laju sebab sudah ada MenThor yang membimbing sehingga mencapai beberapa juta ringgit setahun. Beliau berjaya mencapai angka jualan 7 angka.
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Tuan Najib juga diterima sebagai Ahli Titanium Premier dan dapat merantau ke beberapa buah negara untuk ICM.
Tahun 2017
Walau ada cabaran, Tuan Najib bersyukur sebab ada MenThor yang akan menasihati dan beri tunjuk ajar setiap hari.
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Alhamdulillah banyak sangat pencapaian yang diterima ketika berada dalam circle Titanium dan paling rasa dihargai bila menerima Award Titanium 3 tahun berturut-turut dan mencapai jualan 7 angka.
Pada tahun ini juga telah berjaya membuka cawangan pertama di Shah Alam.
Tahun 2018
Berlaku peningkatan bisnes dan jualan cuma peningkatan agak perlahan memandangkan banyak perkara penting masih lagi dibuat sendiri oleh Tuan Najib, namun jualannya masih lagi dengan 7 angka.
Walau begitu beliau mampu membeli sebuah rumah banglo yang menjadi lambang kejayaan besar pada tahun ini.
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Perubahan demi perubahan berlaku apabila Tuan Najib telah mula melatih untuk melahirkan beberapa pekerja yang dapat membantu dalam membina bisnes. Tahun ini juga mereka sangat agresif Roadtour di Semanjung and Sabah dalam 14 lokasi bagi Seminar Roket Business.
Malahan Tuan Najib juga berjaya menghantar 5 orang pekerja pergi Umrah.
Tahun 2019
Perkembangan bisnes semakin meningkat dengan lahir beberapa program yang begitu ketara membantu menambah nilai kepada ramai usahawan di luar sana ini termasuk pelancaran Roket Pemasaran Momentum (RPM).
Beliau mendapat saranan Menthor untuk buang perkataan Seminar dari semua program dan ini sangat memberikan impak yang besar.
Organisasi chart yang jelas juga telah diwujudkan dan melahirkan leader dan jawatan tetap lebih dari 20 orang. Jualan tahun 2019 telah mencapai 7 angka
Beliau bertekad untuk memperkemaskan lagi funnel product yang ada bagi memudahkan pelanggan dan mengkaji dan kuatkan lagi SIAPA bagi atur strategi yang lebih tepat.
Tahun 2020
Tahun yang memberi impak pada orang ramai apabila pandemik Covid-19 melanda malah bisnesn Momentum Internet turut terkesan di awal PKP. Namun itu tidak membataskan Momentum Internet yang tidak pernah berhenti memberi value kepada lebih ramai orang dengan menyediakan lebih banyak kelas-kelas percuma.
Di samping itu mereka juga menambah team lebih ramai pada masa banyak syarikat lain lebih berhati-hati dalam berbelanja iaitu lebih dari 70 orang.
Pada tahun ini juga mereka membuka Cawangan kedua di JB. Tuan Najib juga telah membeli kereta Lamborghini Urus Merah pada tahun ini adalah bukti kejayaan bisnes. Tahun ini juga telah berjaya membeli kereta untuk mak dan bapa mertua.
Berkat usaha dan sesi seliaan dari RichWorks Academy, jualan Momentum Internaet melonjak 8 angka.
Antara cabaran yang beliau harus tangani dan hadapi adalah memastikan data yang sedia ada digunakan dengan sepenuhnya, menambah team yang lebih ramai dan berkualiti dan mengembangkan bisnes.
Tahun 2021
Tahun 2021 terus menyaksikan kecemerlangan yang makin bertambah sehingga berjaya menambah team sehingga 96 orang. Lebih membanggakan beliau dapat menghadiahkan 3 buah kereta kepada 3 orang manager di bawah Momentum Internet.
Beliau juga telah melancarkan program lebih advance iaitu Ultimate Partners di mana closing rate yang bagus malahan pertambahan bilangan billboard juga amat membanggakan disamping telah berkolaborasi dengan Exco Kerajaan untuk membantu lebih ramai usahawan untuk berjaya.
Tuan Najib Assadok berhasrat untuk membangunkan lebih ramai key leader yang berjaya.
Kisah Kejayaan Najib Assadok Memberi Inspirasi Dalam Titanium Summit 2021 |
Cukup menarik dan cukup memberi inspirasi sungguh kisah Najib Assadok ni bukan. Saya pasti anda yang ingin memulakan perniagaan dan mempunyai perniagaan yang semakin goyah ni semestinya ingin berjaya seperti Najib Assadok.
Jadi saya syorkan anda jangan lepaskan peluang untuk ambil ilmu dan belajar dari kesilapan 100 Jutawan ini dalam masa 3 hari. Ketahui apa yang mereka dah betulkan hingga berjaya bergelar JUTAWAN.
Mereka adalah bukti nyata dari Bina Bisnes dari Zero dan untuk menjadi seperti mereka, anda perlu komited.
Untuk sertai webinar Percuma klik Daftar PERCUMA 100 Usahawan Jutawan Satu Misi Bantu The Nation 24 September hingga 26 September
Tentang Program Titan Summit
Program Titan Summit menampilkan usahawan tempatan yang berkongsi pengalaman dan hasil sebenar untuk mendorong PKS menggunakan digitalisasi dengan cepat.
Program akan menyaksikan satu siri inisiatif dilancarkan dalam beberapa bulan ke depan, termasuk pelbagai kandungan, pengalaman dan platform untuk PKS untuk mendapatkan pandangan dari mereka yang sudah berjaya.
RichWorks kekal membimbing usahawan setiap langkah dan membantu mereka memanfaatkan teknologi terbaik untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang terus berubah dengan pantas.
Usahawan menunjukkan bahawa situasi yang paling sukar dapat menghasilkan yang terbaik dalam diri kita, dan satu segmen yang menunjukkan ini adalah PKS. Diilhamkan oleh semangat keusahawanan dan peranan penting mereka dalam ekonomi digital, RichWorks telah melancarkan program Titan Summit untuk membantu mereka mempercepat pengaktifan semula perniagaan dan membina ketahanan untuk masa depan melalui digitalisasi sepanjang krisis ini.
Baca Juga : Richworks
4 Comments
betul k.fuzy. rugi siapa yang ada bisnes tak nak joint kelas titan ni. Byk rahsia yang bakal dikongsi oleh usahawan2 jutawan ni. Kita pun boleh belajar & praktikkan untuk tambah baik bisnes. Dalam bisnes, proses pembelajaran adalah berterusan.Memang kena ada mentor untuk bimbing hala tuju kita dalam perniagaan.
ReplyDeletebetul k.fuzy. rugi siapa yang ada bisnes tak nak joint kelas titan ni. Byk rahsia yang bakal dikongsi oleh usahawan2 jutawan ni. Kita pun boleh belajar & praktikkan untuk tambah baik bisnes. Dalam bisnes, proses pembelajaran adalah berterusan.Memang kena ada mentor untuk bimbing hala tuju kita dalam perniagaan.
ReplyDeleteLaaa...kak. Marsha baru tahu Najib Assadok ni anak didik DWDAO. Tapi Marsha memang adore dia sangat. Memang dia antara usahawan yang hebat.
ReplyDeleteWe Provide Professional & Insured Moving, Packing, Relocation,
ReplyDeleteRemovals, International Freights,& Storage Services movers in ajman.
Movers in ajman
Movers in dubai
Movers in sharjah
Movers in fujairah
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!