Squid Game Drama Korea Paling Trending Wajib Tonton di Netflix | Siapa tak nak duit kalau wang yang ditawarkan sangat lumayan dengan nilai 45.6 billion won (RM161 juta). Peserta seramai 456 orang mendapat jemputan dengan cari luarbiasa untuk bermain permainan kanak-kanak. Mereka yang terpilih punya masalah hidup tersendir dan tidak tahu nilai wang tersebut adalah nilai nyawa mereka. Squid Game drama Korea paling trending wajib tonton di Netflix
Drama Squid Game mula di Netflix pada 17 September dan hari yang sama kami tonton dengan penuh teruja selama dua hari berturut-turut. Drama yang penuh debaran dan geram serta sakit hati dengan hampir kesemua karakter dalamnya. Plot yang twisted, hitam dan membangkitkan isu kemanusian dan kekayaan.
Amaran kalau menonton dengan anak terutama yang bawah umur atau seorang diri tu pastikan remote tu sedia ada kat tangan untuk elak dari menonton adegan yang tidak sepatutnya. Nak tengok cerita thriller tetiba ada adegan intimate adusss..Selain dari tu scene pembunuhan pun kena tapis juga. Cukup mendebarkan dan boleh buat rasa tak geram bila untuk duit, manusia menjadi hilang kewarasan, hilang simpati dan pentingkan diri.
Pelakon Dan Watak Utama Dan Penting
No. 456 Seong Gi-hun (Lee Jung-jae)
Seong Gi-Hun diberhentikan kerja dan kehidupan dia penuh kepayahan, kaki judi yang tinggal bersama ibu yang berpenyakit diabetes, juga bertungkus lumus mencari sumber kewangan untuk membiayai anaknya yang tinggal bersama bekas isteri. Dia menyertai Squid Game untuk membayar hutang.
No 218 Cho Sang-woo (Park Hae-soo)
Cho Sang-Woo merupakan sahabat sekampung Gi-Hun yang membesar bersama-sama. Walau miskin dia berjaya dalam pelajaran hingga ke peringkat universiti dan dan punya kerjaya yang bagus. Tapi dia menyalahguna wang syarikat dan dikehendaki oleh polis, jadi dia ambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam permainan. Gin-hun cukup memandang tinggi pada dia.
No.001 Oh Il-nam (Oh Yeong-su)
Lelaki tua yang mengidap penyakit kanser otak, menyertai Squid Game sementara masih hidup.
No. 067 Kang Sae-byeok (Jung Ho-yeon)
Pembelot dari Korea Utara yang ingin mendapatkan wang bagi membayar broker bagi membolehkan dia mencari dan bersatu dengan ibu dan adiknya.
No. 101 Jang Deok-su (Heo Sung-tae)
Gangster yang menyertai untuk memenangi wang tunai bagai menyelesaikan hutang judi.
No. 199 Abdul Ali (Anupam Tripathi)
Pekerja warga Pakisatan yang melarikan diri kerana tidak sengaja mencederakan majikannya sewaktu bertengkar kerana majikannya tidak membayar gajinya berbulan-bulan. Wang yang diambilnya diserahkan kepada isteri dan disuruh meninggalkan Korea bersama anak kecilnya.
No 212. Han Mi-nyeo (Kim Joo-ryoung)
Wanita yang menggunakan pelbagai tipu helah dan menjengkelkan hingga sanggup membuat apa saja untuk berjaya. Mula-mula tengok dia pun dah rasa eeee...sebab dia keluarkan rokok dari vagina.
No 111 Dr Byeong-gi (Yoo Sung-joo)
Doktor yang bekerja secara rahsia untuk mengambil organ mereka pemain Squid Game dan mendapat habuan tentang informasi game yang akan dihadapi.
No. 240 Ji-yeong (Lee Yoo-mi)
Seorang gadis muda yang baru dibebaskan dari penjara selepas membunuh bapanya yang kerap menderanya.
Setiap peserta punya masalah ini akan mendapat kad yang ada logo bulat, segitiga dan segiempat. Dibelakang kad tertera masa dan lokasi untuk perjumpaan. Sebuah kenderaan akan menjemput peserta dan semasa didalam kenderaan mereka akan ditidurkan hingga sampai ke destinasi.
6 permainan zaman kanak-kanak yang peserta harus mainkan
- Red light, green light
- mengeluarkan kepingan yang diperbuat dari gula
- tug-of-war
- main guli
- menyeberang jambatan kaca
- Squid Game - menewaskan pesaing dalam lakaran seperti sotong
Episod 1 - Red Light, Green Light
Gi-hun berhutang dengan ramai lintah darat dan sewaktu berada di stesen tren, seorang lelaki berpakaian kemas mengajak dia bermain game ddakkji. Sekiranya dia menang, dia kan dapat ₩100,000, tapi kalau dia kalah, lelaki tersebut akan tampar mukanya. Selepas bermain dia menyerahkan kad dan menjemput Gi-hun untuk bermain game dengan nilai yang lebih lumayan.
Gi-hun menerima jemputan dan dijemput dengan sebuah kenderaan bersama 455 peserta lain dengan keadaan tidak sedarkan diri sepanjang perjalanan ke lokasi. Mereka dimasukkan ke dalam sebuah dorm and dikenali dengan nombor pada baju. Keseluruhan tempat dikawal oleh pengawal bertopeng, ada lambang bulat, segitiga dan segiempat seperti di kad dan setiap logo melambangkan pangkat mereka.
Antara kawan Gi-hun adalah Sang-woo bekas rakan sekolah, seorang tua dan punya penyakit , peserta 067 yang pernah mencuri duitnya.
Permainan pertama Red Light, Green Light dimana mereka yang kalah akan ditembak serta merta. Gi-hun yang ketakutan, mendapat semangat dari Sang-woo untuk bermain dengan menang.
Siapa tak trauma weh kalau melihat orang disebelah, kira dan kanan ditembak tanpa belas.
Episod 2 - Hell
Hampir separuh peserta dibunuh dalam game pertama dan sebahagian peserta meminta untuk keluar dari permainan. Mengikut klausa ketiga perjanjian, jika majoriti bersetuju untuk menghentikan permainan, kesemua mereka akan dihantar pulang. Akhirnya dengan undian peserta 001, mereka dihantar pulang.
Sekembalinya Gi-hun, dia buat laporan ke polis tapi tiada sesiapa yang mempercayainya kecuali Detektif Hwang Jun-ho yang kehilangan abangnya selepas menerima kad yang sama seperti Gi-hun.
Konflik dalam mencari wang untuk sakit ibunya dan untuk anaknya, Gi-hun kembali menyertai permainan termasuk beberapa peserta lain
Jun-ho berjaya mengikut dan menyertai Gi-hun bila dia berjaya menyelinap masuk dan menyamar menjadi salah seorang pengawal. Para pengawal ditempatkan dalam bilik berasingan dan tidak mengenali satu sama lain melainkan dari logo di topeng.
Episod 3 - The Man with the Umbrella
A few players enter the next round — which promises equal doses of sweet and deadly — with hidden advantages. Meanwhile, Jun-ho sneaks his way inside.
Jun-ho yang berjaya menyamar menjadi pengawal dan mula mencari abangnya
Gi-hun, Sang-woo, peserta 001 dan peserta 199 bergabung menjadi satu team. Sementara peserta 067 menyelinap masuk melalu ruang udara dan melihat para pekerja sedang memasak gula dalam periuk besar di dapur.
Kesemua peserta disuruh memilih satu dari tiga lakaran (payung, bulat dan segitiga) Dari maklumat peserta 067, Sang-woo dapat mengagak game tersebut dengan pantas tapi sihat pentingkan diri tu membuatkan dia tak berkongsi rahsia.
Dalam game ni, peserta dikehendaki mengeluarkan bentuk yang berada dalam kepingan gula. Semestinya Sang-woo berjaya lebih awal sebab dia pilih bentuk bulat dan Gi-hun memilih bentuk payung. Serius lawak dan kesian pada yang tak berjaya atau bentuk tu rosak, mereka akan ditembak serta merta. Jadi siapa tak takut kalau silap memang melayang nyawa.
Episod 4 -Stick to the Team
Tiada yang selamat bila lampu dipadamkan.
Peserta 111, seorang doktor akan mendapat maklumat tentang game seterusnya kerana dia bekerjasama dengan pengawal lain untuk mengeluarkan organ dari peserta yang mati. Dia menyertai team Deok-su dengan memberi maklumat tentang permainan seterusnya.
Apabila Deok-su membunuh peserta lain, wang kemenangan meningkat dan ini membuatkan peserta lain serta Deok-su mengambil peluang membunuh yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut dalam dorm bila ada yang membunuh dan ada yang cuba menyelamatkan diri. Gi-hun pula risau akan peserta 001 tapi kemudian peserta 001 menjerit meminta dihentikan, Front Man akur.
Dalam permainan ketiga, Deok-su yang mendapat maklumat dari doktor yang mereka akan bermain tug-of-war mengambil peserta yang kuat dan membuang peserta 212, Han Mi-nyeo yang kemudian menyertai team Gi-hun yang tidak kuat.
Episod 5 - A Fair World
Permainan tug-of-war dimenangi pasukan Gi-hun dengan strategi dari peserta 001 dan Sang-woo tapi masih tak sampai hati untuk membunuh pasukan lawan. Tapi dah dinamakan game, bila yang kalah melepasi garisan, tali akan dipotong. Menyedari pasti ada yang akan mengambil kesempatan, Gi-hun mempersiapkan ahli team dengan membuat halangan untuk keselamatan. Seperti biasa Deok-su suka cari pasal tapi terkedu bila Gi-hun mengatakan team dia pasti akan berpaling dari dia. Jadi tiada yang kehilangan nyawa malam tu.
Sementara Jun-ho mendapat maklumat akan pengambilan organ peserta secara haram dan Front Man memang sedia maklum tapi konspirasi berakhir bila keadaan menjadi tegang antara doktor dan guard yang membuka topeng. Kedua-duanya mati ditembak.
Jun-ho yang berjaya menyelinap masuk ke ruangan bilik Front Man mengetahui yang Squid Game telah berjalan selama lebih 30 tahun dan abangnya, Hwang In-ho adalah pemenang tahun 2015.
Macam pelik waktu nampak Jun-ho selak maklumat tu tak ada pulak details peserta 001.
Episod 6 - Gganbu
Peserta diminta memilih pasangan tapi Mi-nyeo satu-satunya pemain yang tiada pasangan kerana jumlah peserta yang ganjil. Sang-woo memilih Ali, Sae-byeok memilih peserta 240 dan Gi-hun merasa kasihan memilih Il-nam.
Diaorang diberikan guli sebanyak 10 biji seorang dan boleh memilih apa saja permainan guli dan memenangi dalam masa 30 minit. Keadaan menjadi agak haru biru bila, peserta pertama memenangi dan pasangannya yang kalah ditembak mati. Jadi masing-masing berusaha bermain walau dengan cara menipu seperti Sang-woo yang kalah, menukar batu kedalam karung guli Ali hingga Ali ditembak mati. Ji-yeong dan Sae-byeok banyak bercerita dan mula bermain hampir pada akhir minit tapi Ji-yeong merasakan Sae-byeok ada banyak sebab untuk hidup dan mengorbankan dirinya. Gi-hun serba salah dalam mengambil kesempatan dari Il-nam yang lupa ingatan dan memenangi permainan. Il-nam memberitahu dia tahu Gi-hun menipu dia tapi membenarkan Gi-hun menang dan dia memberitahu nama sebenarnya kepada Gi-hun. Fishy kan?
Sementara Jun-ho yang dapat memasuki, mencari bukti dan mendengar perbualan telefon Front Man dengan seseorang sewaktu bersembunyi. Front Man menyakinkan semua akan dapat diselesaikan sebelum kehadiran VIP.
Episod 7 - VIPS
Peserta yang selamat pulang ke dorm dan mendapati Mi-nyeo sedang duduk rehat. Peserta 069 membunuh diri kerana mengalahkan isterinya hingga isterinya mati ditembak. Jumlah peserta menjadi 16 orang.
Kedatangan VIP disambut Front man bagi pihak ketuanya, the Host. Jun-ho menyamar menjadi salah seorang pelayan tapi salah seorang VIP yang gatal pula mengajak dia untuk jadi peneman dan enjoy namun peluang diambil Jun-ho untuk mengorek rahsia dan mengikat VIP tersebut.
Dalam permainan kelima, seramai 16 pemain punya masa 16 mnit untuk menyeberangi jambatan yang diperbuat dari kaca padu (tempered glass) dan kaca biasa. Silap pijak pada kaca biasa pasti mati jatuh ke bawah dari aras yang tinggi. Mi-nyeo yang geram dengan Deok-su memeluknya dan menjatuhkan diri bersama-sama. Akhirnya hanya 4 peserta yang tinggal diatas jambatan dan Sang-woo menolak peserta 017. Jadinya Gi-hun, Sang-woo dan Sae-byeok selamat sampai ke penghujung jambatan. Bila masa tamat, jambatan diletupkan dan mereka mendapat luka dari serpihan kaca.
Episod 8 - Front Man
Sebagai 3 peserta akhir, Gi-hun, Sang-woo dan Sae-byeok diberikan pakaian kemas dan bersih serta dihidangkan dengan makan malas yang sedap dan diakhir acara makan, sebilah pisau diletakkan. . Gi-hun yang dah hilang rasa hormat pada Sang-wo meminta Sae-byeok untuk bersama dengannya untuk mengalahkan Sang-woo. Sae-byeok meminta sekiranya salah seorang mereka memenangi hadiah, dia harus membantu orang tersayang mereka. Gi-hun baru sedar Sae-byeok telah tercedera akibat serpihan kaca dan berlari untuk mendapatkan pertolongan tapi sekembalinya Sae-byeok telah mati dibunuh Sang-woo
Dalam waktu yang sama Jun-ho yang berjaya membongkar rahsia melarikan diri sampai ke satu pulau tapi berjaya dikesan oleh Front Man. Jenuh Jun-ho menghantar mesej pada ketua untuk memberitahu apa yang diketahuinya tapi isyarat kat pulau tu tidak berapa elok. Jun-ho dikejar sampai ke puncak dan tebing, akhirnya terbongkar si Front man adalah abang yang dia cari. (memang kami dah agak dah haha)
Front man menembak Jun-ho hingga terjatuh ke dalam air dari tebing tinggi. Betul ke dia telah mati?
Episod 9 - One Lucky Day
Game ke 6 dengan Gin-hun memilih offense dan Sang-woo jadi defense.
Tapi Gi-hun tidak sanggup dan berhasrat untuk menamatkan permainan kerana tidak sanggup membunuh Sang-woo tapi Sang-woo sendiri membunuh diri. Dia meminta Gi-hun untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibunya.
Gi-hun pulang tapi ibunya sendirinya telah meninggal dunia dan dalam akaun banknya ada sejumlah wang yang dimenangi tapi masih trauma dengan pengalaman hingga tidak sanggup menyentuh wang kemenangan.
Gi-hun menerima kad jemputan dan mendapati peserta 001 masih hidup tapi nazak. Oh Il-nam adalah salah seorang VIP, Host juga mastermind yang mereka permainan bagi mereka yang sangat kaya seperti dia tapi hidup dalam kebosanan. Game yang digunakan adalah game yang menjadi ingatan dia pada masa kanak-kanak dan dia turut serta untuk mengimbau kenangan. Dalam keadaan nazak dia sempat mengajak Gi-hun bermain game dengan menyaksikan ada atau tidak orang membantu lelaki mabuk ditepi jalan yang boleh dilihat dari rumahnya. Gi-hun menang dan Il-nam mati. Dia sebenarnya menduga sekiranya masih ada sifat kemanusiaan pada diri orang ramai hingga membuatkan Gi-hun tersedar dan mengotakan janjinya dengan mengeluarkan adik Sae-byeok dari rumah anak yatim dan memberikan wang kemenangannya kepada ibu Sang-woo.
Gi-hun dalam perjalanan meninggalkan Korea untuk bertemu anaknya yang kini berada di US tapi melihat seseorang bermain ddakji bersama recruiter yang menjemputnya. Dia membatalkan hasrat ke US dan berniat untuk mencari siapakah mereka di sebalik game ini.
Bersediakah untuk Squid Game musim kedua?
4 Comments
belum berkesempatan menonton...
ReplyDeletePC tak tengok lagi. Tapi en suami dah tengok kak.
ReplyDeleteBaru layan cerita ni semalam, memang best. Game2 diaorang mendebarkan kita yang tengok ni especially kat jambatan kaca tu. fuhhhh.. tlg jeritkan sekali untuk diaorang. haha.
ReplyDeleteMcm best juga tapi dah unsubscribe Netflix huhu
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!