Alhamdulilah, Coco tiada diabetic, kata klinik Dr Hawa yang menghubungi saya beberapa hari lepas tapi Coco positif FIV dan ada kemungkinan seakan ada FIP dari keputusan ujian darah yang dibuat. Memang borak panjang dengan pembantu klinik tu yang memohon maaf atas kelewatan memberikan keputusan ujian darah Coco.
He is Coco
Coco ni kucing yang diambil cik Meya bila tidak nampak kelibat ibunya yang sering kelihatan diperkarangan tempat letak kereta bersama dua anaknya termasuk Coco. Jadi kami bela dan Coco sempat mendapat susu dari Rey yang masa tu baru melahirkan Cookie, Brownie, Donut, Oreo dan Dango. Kini hanya tinggal Cookie yang berkawan dengan Coco sebab Donut dah mati, Oreo dan hilang sementara Brownie dan Dango dalam jagaan Rabiah kawan KC Iman
Sah Coco Hidap FIV Bukan Diabetic |
Cik Meya dah perasan yang mata Coco ni menunjukkan dia ada penyakit. Memang nampak cantik mata tu berkilat tapi pelik. Rasanya cik Meya dah Google kenapa sebab mata Coco ni buntang dan bersinar lain macam macam guli. Lepas observe 2-3 hari, tak nampak berubah jadi memang kena bawa ke klinik pada 15 Oktober lalu.
Baca kisah Rey sudah dimandulkan di Klinik Dr Hawa
Sah Coco Hidap FIV Bukan Diabetic |
Apa itu FIV atau Feline immunodeficiency virus
Feline immunodeficiency virus, atau FIV kucing ni seakan HIV atau AIDS kucing kerana ia bagi kesan kerosakan pada sistem imun kucing. So far Coco aktif dan masih aktif dan comel walau hanya kucing domestik.
FIV tidak berjangkit tapi terjadi bila si kucing terkena gigitan dari kucing yang menghidap FIV. Tak pasti macam mana Coco boleh kena FIV sebab dia bukan kucing yang suka bergaduh
Virus ni tidak akan tersebar melalui perkongsian bekas makanan, bersin, berkongsi litter box atau social grooming.
Moga Coco segera sembuh sepenuhnya dan lega rasanya sebab mata dia yang buntang bukan sebab diabetik dan harap bukan FIP.
Menurut kata pembantu klinik Dr Hawa, untuk sahkan boleh buat check up FIP dengan kos sebanyak RM120 tapi FIP tiada penawar meskipun ada ubat yang memakan belanja sebanyak RM2,000 sebulan dengan memberi suntikan setiap hari.
Tanda-tanda FIV Yang Diperhatikan Pada Kucing Anda
FIV adalah penyakit berjangkit yang selalu disamakan dengan virus HIV yang dijumpai pada manusia. Virus ini melemahkan sistem imunisasi kucing yang dijangkiti itu dan membuatkan kucing itu mudah dijangkiti penyakit yang selalunya tidak menyerang kucing.
Virus tersebut bergerak ke kelenjar limfa dimana ia menyerang sel T iaitu sejenis sel d4rah putih yang bertanggungjawab dalam mengekalkan imuniti tubuh dari sebarang bakteria, virus dan serangan kulat.
Virus tersebut kemudiannya memasuki tempoh hibernasi yang mungkin berjalan selama beberapa tahun. Kucing yang dijangkiti kelihatan sihat namun sebenarnya sudah dijangkiti virus ini. Lama kelamaan barulah tanda-tanda dan gejala virus ini muncul.
Malangnya sehingga kini tiada rawatan antivirus untuk penyakit ini.
Bagaimana FIV didiagnosis dan apakah gejalanya?
FIV selalunya didiagnosis melalui ujian d4rah. Ujian ini direka untuk mengesan sebarang antibodi dan perlu dijalankan oleh veterinar yang berpengalaman.
Malangnya kebanyakan kucing tidak menunjukkan gejala penyakit ini selama beberapa tahun selepas dijangkiti. Namun gejala-gejala yang perlu diperhatikan termasuklah:
- Kehilangan berat badan
- Selera makan berkurangan
- Sakit apabila mengunyah
- Demam
- Bengkak pada kelenjar limfa
- cirit birit
- Cecair berlebihan keluar dari mata dan hidung
- Kulit, pundi kencing, atau jangkitan buah pinggang
- sawan
- Gangguan tidur
Sila rujuk dengan veterinar terdekat kerana gejala gejala ini mungkin menjurus kepada penyakit yang lain.
Adakah FIV penyakit mudah menular dalam komuniti?
Menurut ASPCA, FIV selalunya tersebar dengan dua cara: Samada melalui luka gigitan semasa pergaduhan ataupun dari ibu kepada anak anak kucing.
Bagaimana caranya untuk melindungi kucing dari FIV?
Pertamanya kurangkan kucing anda bermain di luar atau indoorkan sahaja kucing anda. Ini mengelakkan peluang untuk kucing anda terserempak dengan kucing yang membawa virus ini.
Tambahan lagi sekiranya anda perlu hantar boarding kucing anda, pastikan tempat boarding tersebut bebas dari kucing pembawa virus FIV.
Sekiranya anda membawa pulang kucing baru, pastikan kucing tersebut diuji sebelum bawanya ke rumah anda.
Bagaimana FIV dirawat?
Oleh kerana tiada antivirus untuk melawan virus ini, selalunya rawatan direka untuk menghalang kondisi kedua yang mungkin muncul.
Ubat-ubatan boleh diberi untuk mengendalikan segala infeksi yang muncul, terapi pemulihan eletrolit juga merupakan rawatan dalam pilihan. Veterinar anda mungkin akan mengesyorkan anda mengubah plan diet kucing anda yang lebih sihat dan penuh nutrisi.
Dalam beberapa kes, imun-boosting dan ubat anti-keradangan mungkin diberikan bersama-sama rawatan untuk parasit yang selalunya terjadi sekiranya kucing anda diberikan diet makanan mentah
Patutkah saya mengelak dari mengadopsi kucing yang dijangkiti FIV?
Sudah tentu tidak!
Walaupun tiada penawar untuk FIV ini namun dengan penjagaan yang rapi, kucing yang positif FIV dapat hidup dengan gembira. Jadi jangan abaikan kucing FIV ini dari menerima kediaman mereka selamanya
https://themamamiaow.com/tanda-tanda-fiv-feline-immunodeficiency-virus-yang-perlu-anda-perhatikan-pada-kucing-anda/
Nota :
Namun jangan risau. Virus ini tidak selalunya tersebar melalui perkongsian penggunaan kotak pasir dan mangkuk makanan dan ia juga tidak boleh disebarkan dari kucing ke manusia.
Baca : Kucing
4 Comments
Alahai kesiannya Coco tapi mmg nampak cantik matanya
ReplyDeletetakpe kak fiv, insyallah kalau di rawat boleh sihat... ginger 2 dulu fip memang tak boleh buat apa, takde rawatan
ReplyDeleteTerima kasih beri penerangan.
ReplyDeleteThis type of the sickness can create at whatever stage in life. Be that as it may, selling diabetic test strips
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!