Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam Hanya RM39

Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam Hanya RM39 | Bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur dan kaki pancing pasti cukup mengenali Port Mancing Fishing Village Ulu Yam yang menyediakan kolam memancing dan juga tempat bercamping yang cukup kemudahannya. 


Bukan itu saja, Port Mancing Fishing Village Ulu Yam turut menyediakan sajian makanan Melayu untuk Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam Hanya RM39 seorang dengan lebih 30 pilihan masakan kampung.



Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam Hanya RM39 


Antara lauk pauk yang disajikan di Port Macing Fishing Village Ulu Yam ni semestinya menu kampung antaranya Rendang Ayam, Rendang Hitam, Kari Daging, Sambal Udang Galah, Keli Goreng Berlado, Ayam Goreng Berempah, Asam Pedas Ikan, Sayur Campur, Kangkung Goreng Belacan dan mee goreng.




Kalau dah makanan Melayu, pasti ada sambal tempoyak, sambal belacan, budu dan cencalok untuk menjadi penambah rasa. Tak ketinggalan ada telur masin, ikan masin serta ikan pekasam goreng bersama limau kasturi dan cili api



Paling menarik perhatian ialah pulut kuning yang disajikan tu cukup sedap, cantik kejadian pulutnya. Mujur perut dah penuh, kalau tak memang mahu bertambah rasanya.

 


Kalau dah makan berat ni tak sah kalau tiada pemanis mulut dan menariknya pemanis mulut yang disajikan pasti menarik selera orang kita sebab ada kuih tradisional seperti kuih talam, kuih koci, kuih lapis dan kek.


Tempohhari saya sekeluarga berkesempatan ke sini untuk menikmati menu kampung dan cukup terasa macam masakan di dapur sendiri. Bagi penggemar makanan kampung, anda wajib ke sini sambil menikmati suasana tenang dan nyaman.


Bagi yang bawa anak kecil, tak perlu risau sebab ada Kids Menu yang pasti anak-anak akan suka seperti nugget, sosej, jelly, coklat dan gula-gula


Menurut tuanpunya Port Mancing Fishing Village Ulu Yam ni, pada hujung minggu, akan ada menu tambahan iaitu kambing bakar, satay dan gulai kawah. 


Harga Bufet Ramadan 2022 Port Mancing Fishing Village Ulu Yam

RM39 - Dewasa

RM29 - Warga Emas (55 tahun ke atas)

RM15 - kanak-kanak (6 - 12 tahun)

PERCUMA - kanak-kanak bawah 6 tahun


Bufet Ramadan 2022 Di Port Mancing Fishing Village Ulu Yam telah bermula pada 4 April sehingga 2 Mei 2022. 


Jom kita beramai-ramai bawa kawan-kawan dan saudara mara untuk berbuka kat sini sebab harga bufet Ramadannya cuma RM39 seorang dan ada promosi Beli 8 Percuma 1


Tempat Bercuti Dan Bercamping

Bagi yang suka bercamping atau menginap dengan suasana hutan yang tenang, boleh juga buat tempahan penginapan selain berbuka puasa di sini. Jangan risau sebab disini pun ada kedai runcit dan waktu siang tu kalau rajin boleh la memancing.


Untuk tempahan dan pertanyaan:

+60199104669 / +601110626787  Whatsapp: https://www.wasap.my/booking

Post a Comment

3 Comments

  1. Murah betul.
    Hehe lauk pun lauk jarang dapat makan macam sambal udang galah.

    ReplyDelete
  2. murah harga bufet kat sini..berbaloi dengan pilihan makanan yang pelbagai tu. semua nampak sedap2 je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!