Marhaban Ya Ramadan, Ramadan Al Mubarak

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadan yang mulia ini dan pastinya Ramadan tahun ini amat berbeza dengan 2 tahun sebelumnya. Terasa indahnya bila 1 April 2022 (hari Jumaat), umat Islam di negara kita dibenarkan bersolat Jumaat tanpa penjarakkan. Ya, kehidupan kita yang topsy turvy sejak 2020 akibat Covid-19, kini kembali seperti sediakala. Apa pun, kita harus berhati-hati dan teruskan langkah-langkah bagi memastikan kesihatan diri dan keluarga.


Bersempena bulan Ramadan yang mulia, marilah kita sama-sama perbanyakkan berdoa, bersedekah, mengerjakan ibadat sunat, berlapang dada dengan membuat pelbagai kebaikan agar kita dikurniakan pahala yang berlipat ganda serta diberikan ketaqwaan bukan hanya di bulan Ramadan yang mulia tapi juga bulan-bulan seterusnya.


Semoga Allah SWT memberi keampunan dan ditenangkan sepanjang menjalani ibadah puasa dan hari-hari yang mendatang. Aamiin Ya Mujib




Marhaban Ya Ramadan bermaksud “Selamat Datang Bulan Ramadhan”,  namun ada beberapa persoalan dan pertikaian apakah sebutan yang sebaiknya samada Ramadan Al Mubarak atau Ramadan Al Kareem.


Apakah Makna Ramadan AlKareem dan Ramadan Al Mubarak

Seringkali kita terasa keliru apakah ucapan yang sebetulnya harus diucapkan sebabnya ada yang menyebut Ramadan Kareem dan ada yang menyebut Ramadan Mubarak.  


Sebutan  Ramadan Kareem bermaksud 'semoga Ramadan bermurah hati untuk anda' manakala sebutan Ramadan Mubarak pula bermaksud 'Ramadan yang diberkati' atau 'Ramadan yang bahagia'.


Saya pasti kita memberikan ucapan Ramadan Al Mubarak atau Ramadan Kareem dengan niat meraikan kedatangan Ramadan, bulan mulia yang sangat istimewa setiap tahun dan juga memberi doa untuk orang-orang yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.


Namun, suka untuk saya kongsi beberapa pendapat yang boleh membantu anda untuk memikirkan semula apakah sebutan yang sebaiknya.


Sumber : Laman rasmi asy-Syaikh Shalih al-Fauzan

🇸🇦 As Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah berkata :


لا تقل (رمضان كريم ) الصواب : “رمضان مبارك” لأن رمضان ( ليس ) هو الذي يعطي حتى يكون كريماً. و إنما الله الذي وضع فيه هذا الفضل


“JANGAN KATAKAN Ramadhan kariim namun yang benar adalah Ramadhan mubaarak. Kerana Ramadhan BUKANLAH YANG MEMBERI sehingga dikatakan sebagai Kariim (yang artinya Penderma).

Allah lah yang telah memberikan keutamaan di bulan ini.”

[ Majmu’ Fatawa 20/93, Soal 452 ]


Begitu dengan masyaikh lainnya, ucapan Ramadhan Karim tidak asal usulnya dan tidak menepati maksud sebenar.


🇸🇦 Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizhahullah ditanya :


Ucapan "Ramadhan Karim", bukankah Al-Karim adalah Allah Jalla wa Ala?"


Jawaban:

"Ucapan tersebut TIDAK ADA ASAL usulnya (dalam agama ini), ucapan mereka "Ramadhan Karim" tidak ada asal usulnya.


Adapun ucapan "Ramadhan Syarif (Mulia)", "Ramadhan Mubarak", "Ramadhan Azhim (Agung)" adalah sifat-sifat yang bersumber dari Hadits-hadits (Nabawi).


Lafadz Azhim, Mubarak, Syarif, maka tidaklah mengapa.


Adapun lafadz "Karim" aku tidak mengetahui berasal dari mana.


Malahan ada nas yang menyebut menyebut Ramadan dengan sebutan “Ramadan Mubarak” sebagaimana dalam hadits berikut:


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


ﻗَﺪْ ﺟَﺎﺀَﻛُﻢْ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥُ، ﺷَﻬْﺮٌ ﻣُﺒَﺎﺭَﻙٌ، ﺍﻓْﺘَﺮَﺽَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺻِﻴَﺎﻣَﻪُ، ﺗُﻔْﺘَﺢُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ، ﻭَﺗُﻐْﻠَﻖُ ﻓِﻴﻪِ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ، ﻭَﺗُﻐَﻞُّ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟﺸَّﻴَﺎﻃِﻴﻦُ، ﻓِﻴﻪِ ﻟَﻴْﻠَﺔٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮٍ، ﻣَﻦْ ﺣُﺮِﻡَ ﺧَﻴْﺮَﻫَﺎ ﻓَﻘَﺪْ ﺣُﺮِﻡَ


“Telah datang kepada kalian Ramadan, BULAN MUBARAK (bulan yang diberkahi). Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu surga dibuka padanya. Pintu-pintu Jahim (neraka) ditutup. Setan-setan dibelenggu. Di dalamnya terdapat sebuah malam yang lebih baik dibandingkan 1000 bulan. Siapa yang dihalangi dari kebaikannya, maka sungguh ia terhalangi.” (HR. Ahmad, shahih).


Penjelasan Ramadhan Karem apabila Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin ditanya mengenai hukum kalimat ‘Ramadan Kareem’ menjawab:


“Hukumnya adalah bawah kalimat ini “Ramadan Karim” (terjemahnya: Ramadan itu pemurah) adalah tidak benar. Yang benar adalah “Ramadan Mubarak” (Ramadan yang diberkahi) atau yang semisal, karena bukan Ramadan yang memberi sehingga disebut pemurah, akan tetapi Allah Ta’ala yang memberikan keutamaan ini.” [Majmu’ Fatawa Syaikh Al-‘Ustaimin 20/254)


Saya juga menjumpai perkongsian maklumat daripada Tuan Haji Salmi bin Shaimi, AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang berkenaan ucapan Ramadhan Kareem adalah seperti berikut: 


Ucapan Ramadhan karim boleh diertikan sebagai doa semoga bulan ini membawa berbagai kebaikan, kemuliaan dan keberkatan yang pastitinya kita yakini ianya dari anugerah Allah al Karim yang maha pemurah.


Justeru itu ia boleh diucapkan bersempena kedatangan bulan Ramadan seperti juga ucapan Ramadhan al Mubarak.


Apa pun difahmakan tiada ucapan khusus untuk menyambut kedatangan Ramadan dan tiada larangan selagi ucapan-ucapan tersebut tidak bercanggah dengan syarak. Wallahualam


 

Jadi apabila seseorang memberikan ucapan Ramadan kareem dicadangkan dijawab dengan ucapan Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).


Kesimpulan 


Mungkin pada sesetengah kita rasa tidak perlu pertikaikan isu penggunaan ucapan samada Ramadan Al-Kareem atau Ramadan Al-Mubarak tapi harus kita faham sebaik-baik ucapan biarlah memberi makna dan maksud yang baik dan tidak diambil sambil lewa hingga tiada memberi maksud.


Apa pun bulan Ramadaan adalah waktu untuk kita perbaiki diri, berkata yang baik-baik dan membuat perkara yang baik supaya kita terus menjadi lebih baik bukan hanya pada bulan Ramadan.


Ingin saya selitkan sedikit antara ucapan popular yang sering diucapkan seperti Happy Ramadan, dan jawapan yang baik untuk menjawab salam ini adalah dengan "Khair Mubarak" yang bermaksud mengembalikan harapan baik atau, atau dijawab "And the same to you" (hal yang sama untukmu).



Ramadan Peluang Kita Merebut Pahala Dan Memadam Sisa Dosa Lalu

Diungkap oleh seorang sahabat akan kuliah terakhir Ustaz Hasan Din yang mengatakan, Ramadan ni datang bawa 2 misi :

  • Misi untuk kita untuk rebut sebanyak-banyak pahala
  • Misi untuk kita  memadam sisa-sisa dosa yang lalu

Ibaratnya, Ramadan ni datang sebagai pesta pahala. Peluang nak kumpul saham pahala yang ditawarkan Allah dalam bulan Ramadan yang mulia.


Malaikat Jibril kata kepada  Nabi,

"Celaka bagi sesiapa yang berada di bulan Ramadan, sedikit dosa pun tidak terampun."

  • 10 hari pertama Ramadan adalah RAHMAT
  • 10 hari kedua adalah KEAMPUNAN
  • 10 hari yang ketiga adalah TERLEPAS DARI AZAB KUBUR.


Sekiranya kita inginkan ketiga-tiganya, rebutlah peluang ini dengan penuh kesungguhan.

.

Yuk berdoa!

"Allahumma sallimni min ramadhana, wasallim ramadhana li, wa tasallamhu minni mutaqabbala" 


Ya Allah pelihara lah aku untuk menghadapi Ramadhan. Peliharalah Ramadhan untukku dan terima ibadah Ramadan dariku.


Selain ucapan Ramadan Kareem dan Ramadan Al Mubarak, ada beberapa ucapan menarik yang boleh anda ucapkan kepada semua sahabat bersempena Marhaban Ya Ramadan ini, antaranya


10 Contoh Ucapan Indah Menyambut Marhaban Ya Ramadan 


1. Alam yang indah adalah anugerah-Mu, masih Engkau berikan bulan nan suci. Semoga dilimpahkan berkah-Mu, di bulan puasa ini. Marhaban Ya Ramadhan.


2. Bulan suci Ramadan sudah di depan mata, bulan yang penuh keberkahan, bulan yang penuh dengan ampunan. Perlu kesiapan mental yang matang dan kejernihan hati tuk menyambutnya. Marhaban Ya Ramadan, sudilah kiranya Anda membuka pintu hati tuk menerima ucapan kami.


3. Marhaban Ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa.


4. Mari siapkan jiwa raga untuk menjemput keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk mendapati rahmat dan magfirah-Nya dan kembali menjadi hamba yang dikasihi. Marhaban ya Ramadhan.


5. Satu tahun tak terasa, Ramadan pun telah kembali. Semoga yang dilalui dan dilakukan menjadi kebaikan di bulan suci ini. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


6. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Mohon maaf lahir dan batin. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


7. Diawali dengan Bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


8. Setitik tinta jadi noda. Setitik salah jadi dosa. Bulan penuh berkah segera tiba. Mari tekun ibadah di bulan puasa. Marhaban ya Ramadan. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.


9. Tiada kemenangan tanpa zikrullah. Tiada amal tanpa keikhlasan. Tiada ampunan tanpa maaf sesama. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


10. Bila ada langkah membekas lara, ada kata merangkai dusta, ada tingkah menoreh luka, Mohon maaf lahir dan batin. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa

Post a Comment

4 Comments

  1. Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan K.Fuzy semoga puasa kita diterima dan mendapat pahala dariNYA.

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa dan beramal ibadah sebaiknya. Moga Allah kurnia kesihatan yg baik dan berpanjangan untuk beramal ibadah dan semoga semua amalan kita diterima dan diberkati Nya. Allahumma ameen.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!