Kedai Spek Kekal Murah 2022, Eye Pro Vision Jamin Siap 1 Jam

Kedai Spek Kekal Murah 2022, Eye Pro Vision Jamin Siap 1 Jam | Kak Yang ni dah lama mengajak DH untuk buat pemeriksaan mata sebab kerjanya yang memerlukan dia menatap komputer dengan jangkamasa yang lama setiap hari. Tambahan pula Kak Yang pun dah memandu setiap hari ke pejabat di Sungai Buloh dan sejak dua menjak ni keadaan cuaca yang hujan hampir setiap hari ni agak terganggu penglihatan dek silauan lampu kenderaan dari arah bertentangan.


Akhirnya, selepas sekian lama, DH dapat luangkan masa untuk ke kedai spek mata viral di Sungei Wang Plaza yang pernah umi pergi dulu untuk buat spek mata dan untuk Cik Meya juga.


Kedai Spek Murah KL


Mesti ramai yang tertanya kenapa jauhnya umi dan keluarga buat spek mata, macam tak ada kedai spek mata di Wangsa Maju. Nak tahu kenapa? Sila baca sampai habis ya.


Baca : Puashati dengan cermin mata murah dari Eye Pro Vision


Kedai Eye Pro Vision ni terletak di Sungei Wang Plaza dan kalau anda ke sini, sila tanya kalau Mr William Chai ada atau tidak. Kalau pekerja kat situ kata tak ada, memang anda dah masuk kedai yang salah sebab di aras yg sama tu memang banyak kedai cermin mata.


Memandangkan ramai yang nak ikut sebab Cik Meya pula nak betulkan bingkai cermin mata dia yang dah senget jadi kami ke sana dengan naik kereta walau DH ada kata nak naik publik transport..serius la DH nii


HARGA SERENDAH RM65 UNTUK BINGKAI + MULTICOATED

Kedai Spek Murah KL

Selalunya kalau kita ke kedai spek mata, harga bingkai spek mata pun dah mahal tapi di Eye Pro Vision ni harga bingkai + multicoated hanya serendah RM65!

Kedai Spek Murah KL


Jangan risau, walau berharga murah tapi serius memang banyak design yang terkini dan menarik untuk kita pilih sampai jenuh nak memilih. Tapi tenang-tenang saja ya bila nak pilih bingkai yang sesuai dengan bentuk wajah tu kena try test berkali-kali sampai puas hati.  Bagi yang nak nampak macam orang Korea kalau ke sini memang jenuh nak memilih apatah lagi ada bingkai spek mata yang dipakai oleh artis Malaysia juga.


Kedai Spek Murah KL

Selain design yang cantik untuk bagi nampak cantik, anda yang lasak pun boleh pilih spek mata dengan bingkai tahan lasak macam DH. Kerjaya DH sebagai jurugambar yang kena keluar daerah, masuk hutan, masuk kampung orang asli sememangnya perlukan spek mata dengan bingkai yang mudah lentur sebabnya selalu je spek dia terjatuh atau dia sendiri terduduk atas spek.


Itulah sebabnya kenapa umi tak pergi tempat lain untuk buat spek mata sebab masa penerangan dan spek umi dengan lens Alpha Blue 420 tu memang terbaik dan puas hati sangat. Memang menjimatkan dengan harga yang murah, berkualiti dan boleh pilih yang tahan lasak pulak tu.

Kedai Spek Murah KL

Masa check ni baru la DH tau yang kadar rabun dia dah tinggi. Tau dia takut hehe


Kedai Spek Murah KL



Memang wajar Viral sebab harganya RM65 ni memang sangat murah untuk bingkai dan cermin multicoated. Memang patut pun viral sebab murah dan siap dalam 1 jam.

Kedai Spek Murah KL

Jenuh daan rambang mata Kak Yang nak cari bingkai yang sesuai sebabnya ada lebih 2000 design kot sampai umi kena jadi tukang komen sekali. 


Apa kelebihan lens Alpha Blue 450

Lens Alpha Blue 420 ni direka khas 100% anti sinar biru dan ultra ungu bagi menghalang silau dari gajet atau komputer untuk tembus terus ke mata kita. Jadi penggunaan lens ni akan mengurangkan rasa letih  bila mengadap gajet atau komputer  ni.


Jadi umi sarankan para pelajar untuk menggunakan spek mata dengan lens Alpha 420 ni untuk melindungi mata dari sinar biru sebab mereka ni memang kerap menggunakan gajet setiap hari terutam yang suka main game.


Selain dari tu lens Alpha 420 ni sangat tahan lasak, tidak mudah calar, kalis air, tidak mudah pecah dan pemakai tidak akan berasa silau langsung terutama bagi mereka yang memandu waktu malam tu. Umi pun memang lega bila memandu waktu malam, tak risau dah sebab tak hadapi pandangan silau wkatu memandu di malam hari.


Paling penting harga yang dikenakan di Eye Pro Vision ni sangat berpatutan dan mampu milik.  Jangan tak tahu, mulanya DH tak nak buat spek sebab takut terlebih bajet. Jenuh juga nak pujuk DH ni tapi bila dah check tu kadar kerabunan dia dah naik, akhirnya DH akur la. Lepastu bila diberitahu harga spek mata dia tu terus dia senyum lebar tuu


Spek Murah 1 Jam Siap!!! 


Sebenarnya tak sampai 1 jam dah siap spek mata DH dan Kak Yang. Sementara nak siap tu kami sempat ke Low Yat yang terletak di banguan sebelah Sungei Wang Plaza ni untuk cari gajet untuk DH. Memang tak boleh lama pun kat Low Yat ni sebab takut bocor poket. Dapat apa yang DH cari, terus kami balik ke Eye Pro Vision dan spek dah siap!


Ni kali ketiga umi ke sini dan antara yang paling umi suka sebab pembantu di kedai ni cukup peramah dan paling penting berpengalaman nak terangkan pada umi yang memang banyak bertanya itu ini. 


Dah umi kata murah, mesti nak tahu berapa harga kedua-dua spek mata DH dan Kak Yang kan. 

Kedai Spek Murah KL


Hanya RM353 untuk 2 spek mata ni dengan bingkai dan lens Alpha Blue 420. Spek mata Kak Yang tu ada tambah UV 60 dan DH pula kadar power dan silau tu tinggi tapi harganya memang murah berbanding kedai lain yang mungkin akan kena caj lebih dari RM500 hanya untuk spek DH tu.



So kalau nak ke sini, terus ke alamat di bawah dan cari Mr William Chai yang hensem lagi super peramah ni. Nak lagi mudah, call saja Willim di 016-3771304 yang pasti akan melayan anda tapi kena ingat kedai dia ni memang sentiasa ramai orang. Kalau dia tak angkat call tu, whatsapp je dulu kot-kot dia sedang ada pelanggan waktu anda call dia tu.


Psst, kena cari William ni tau, mana tau kot dia bagi harga istimewa bila anda buat spek ni tapi jangan lupa kata umi yang recommend (kena sebut Kak Fuzy) memang William ni kenal.


Jadi kalau anda nak cari kedai spek murah di KL ni, umi sangat syorkan anda ke Eye Pro Vison, G1111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Post a Comment

7 Comments

  1. Ramai jugak yang share kat sini murah. Kalau turun sana boleh la try singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah dan cepat, tak perlu tunggu beberapa hari mcm selalu. Nanti kalau pergi mentiion nama saya kot2 dapat diskaun dari William

      Delete
  2. Okay baiklah kak fuzy. LeYa dari dulu nak tukar bingkai spek leya ni... leya memang pakai spek ketika drive mlm... sebab silau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Leya cari William, kot dpt diskaun. Best kedai sbb murah dan cepat siap

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!