Ambil Jubah Di Gambang Lajak Ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Ambil Jubah Di Gambang Lajak Ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi | Kali terakhir kami ke Pahang, bulan Julai 2021 sewaktu menjemput Kak Yang dengan bawa balik kesemua barangan selepas dia selesai menamatkan pelajaran di UMP Pekan.  Sejak tu memang rindu nak ke sana lagi tapi tiada kesempatan dan memandangkan tiada keperluan melainkan nak bagi pokai poket.


Alkisah hari Sabtu lepas kami ke UMP Gambang untuk ambil jubah Kak Yang sempena majlis konnvokesyen hari Sabtu ni. Kami bertolak hampir jam 9 pagi sebab konon nak ambil cepat, selesai cepat dan nak ke berrehat sambil makan lunch kat tepi pantai, nak ke Kuantan dan kalau sempat nak ke Titik Tengah Temerloh yang tak sempat nak dijengah walau dah berkali ke arah sini


Kuantan Pickers
Ambil Jubah Di Gambang Lajak Ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi


Kami sampai dalam jam 12 lebih dan KY terus ke tempat untuk ambil jubah sementara kami tunggu dalam kereta. Tunggu punya tunggu, KY cakap orang yang bagi jubah tu berhenti rehat dan akan mula balik jam 2 petang. Mak aihh dah la panas gile kat Pahang ni (31°C) dan bila masuk waktu azan Zohor, DH cakap why not kita ke Masjid, solat dan rehat.


Lunch Di Nasi Kukus My Mama, Gambang

Dari Gambang Lajak Ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Jam 3 lebih baru selesai dan perut memasing dah berkeroncong jadinya DH kata takkan nak ke makan kat bandar Kuantan, jadinya kami lunch kat Nasi Kukus My Mama je. Dah banyak kali kami ke sini bila tak tahu nak makan apa. Kali ini DH ambil ayam masak kicap yang ada kuah dengan isi nenas seakan pajeri. Not bad la juga.


Baca : Kali pertama kami makan di Nasi Kukus My Mama, Gambang

 

Kalau tengok harga dah naik tapi saiz ayam masih sama, rasanya masih sama tapi yang tak sama ialah tiada timun!


Bila masing-masing dah kenyang, DH fikir nak ajak naik ke Menara Teruntum tapi bila tengok harga tiket untuk naik tu, mahal sangat apatah lagi untuk 6 orang kami. So, just forget about it dan kita pi makan lagi best kan.


Singgah ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Dari Gambang Lajak Ke Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kami sampai hampir jam 4 petang  dan memang kena ke sini sebab ni kedai favorite DH sebab dia nak minum kopi Vietnam dan makan roti stim, kacang pool untuk umi, roti titab untuk Cik Meya dan roti stim untuk cikapplepie.


Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Kuantan Pickers & Kedai Kopi


Baca : Nikmati Minum Petang Di Kuantan Pickers & Kedai Kopi


Kuantan Pickers & Kedai Kopi


Kak Cik Iman dan Kak Yang sebenarnya nak ke Kula Cakes tapi since DH nak ke Pickers, jadi diaorang tapau jer Mango Cheesecake dan Pavlova.

Kuantan Pickers & Kedai Kopi



Air apa tak lupa pulak nama yang KC Iman sebut yang dibeli dari Tjantek Cafe and Art Bistro. Ada 3 perisa lain tapi tak sempat ambil gambar, DH dah suruh cepat sebab tak nak lewat balik KL. So far memang umi tak pernah masuk ke cafe ni jadinya tak de la gambar kan


Niat the girls nak beli minuman di Kopi & Teh tak kesampaian sebab apa yang diaorang nak tu tak ada, malahan layanan pekerja dengan muka yang cukupmenjengkelkan. Mujur bukan umi yang pergi, kalau tak memang nak kena bahasa diaorang ni..hehe.


Banyak kafe hipster di Jalan Besar Kuantan ni malah ada kafe baru dibuka di seberang jalan mengadap Pickers ni dan mungkin  trip akan datang kami tukar kedai makan lain pula. Tu pun kalau DH nak bertukar dari Pickers dan kami pick another cafe gitu.


Kak Yang Pakaikan Bonda Jubah



Keesokkan harinya Kak Yang dan cikapplepie pergi rumah tok mak dia sebab nak bergambar dengan tok mak yang menjaga diaorang sejak lahir hingga berusia 12 tahun. Memandangkan tokmak tak boleh ke Pahang bagi meraikan KY nanti, so dapat bergambar dengan tokmak dia pun dah ok kata KY.


Alhamdulillah.

Post a Comment

0 Comments